PENYANYI popular antarabangsa, Adele menarik perhatian peminat di seluruh dunia apabila dia dilihat memegang objek yang dipercayai bendera Palesti sambil membuat persembahan.
Tindakannya itu seperti memberi gambaran bahawa bintang kelahiran United Kingdom berkenaan menyebelahi rakyat Palestin.
Insiden tersebut dirakam oleh salah seorang penonton yang menyaksikan persembahannya dan kini tular di media sosial.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan yang dipamerkan oleh pelantun lagu When We Were Young itu.
“Kalian tahu bagaimana Adele mempunyai perasaan kemanusiaan dan kasihan.
“Saya sayang, Adele. I harap dia tahu bendera apa yang dipegang dan dia memang memaksudkan apa di rasa,” kata pengguna media sosial.
Terdahulu, peminat pernah meminta Adele untuk membatalkan sebarang aktiviti atau lawatan ke Israel disebabkan dia berpihak kepada Palestin. – Agensi