Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

6 bulan ‘pecah otak’, Yuna terharu Yunaverse dapat sambutan luar biasa

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
November 8, 2023
in Berita
0
32
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Konsert Yunaverse yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Ahad lalu menjadi hadiah istimewa buat peminat setia penyanyi tempatan yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna Azrai.

Rata-rata pengunjung yang hadir berasa tidak puas mendengar kelunakan suara penyanyi kelahiran Perlis itu.

Mempersembahkan lebih 15 buah lagu dan antaranya Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang dan Deeper Conversation.

Hampir 10,000 pengunjung terhibur dan berpuas hati dengan persembahan Yuna di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian Yuna, dia mengambil masa sekitar enam bulan untuk membuat persiapan sebelum bersedia berada di hadapan hampir 10,000 penonton itu.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk membuat persembahan seperti ini. Terima kasih semua kerana sudah merealisasikan impian saya.

“Kalian sememangnya istimewa buat saya dan pengalaman ini sangat menyeronokkan apabila berpeluang bekerja dengan rakan-rakan di Malaysia,” katanya yang sudah hampir dua dekad dalam industri.

Sebaik sahaja mengakhiri persembahan, Yuna nyata tidak mampu menahan sebak apabila mendengar jerikan dan sorakan penonton.

Meskipun Yuna terpisah jauh berjuta batu dengan peminat, jurang itu bukan penghalang buat mereka terus memberi sokongan selain sentiasa menantikan karya baharu daripada penyanyi berusia 36 tahun itu.

Ai.Z

Kehadiran Ai.Z (Aizat Amdan) yang turut mempersembahkan beberapa buah lagu antara Lagu Kita menyerikan lagi konsert tersebut.

Difahamkan konsert tersebut turut dihadiri oleh beberapa personality popular tanah air antaranya, Syed Syadiq, Shalma Aina, Sherry Alhadad dan Joe Flizzow.

Tags: yunaYunaverse
Previous Post

Hackney Diamonds, The Rolling Stones ungguli carta teratas UK

Next Post

Eriza serlah gemeresik emosi dalam Demi Kasih

Next Post

Eriza serlah gemeresik emosi dalam Demi Kasih

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.