TEMPOH 17 tahun bukan satu jeda waktu yang pendek. Tempoh 17 tahun juga bukan bermakna pintu hati tertutup rapat sehingga menolak kecintaan yang sudah sebati di +dalam jiwa ; misalnya muzik.
Tempoh 17 tahun hanya menjadi sebuah kembara panjang buat seorang mantan gitaris kugiran tersohor Indonesia, Salman Al Jugjawyy yang dikenali dengan nama pentas Sakti meninggalkan Sheila On 7 dan menemukan kedamaian hati dalam pencarian rohaninya.
Kini ucapkan selamat kembali ke panggung buat Sakti atau nama sebenarnya Saktia Ari Seno kerana buat pertama kali, secara eksklusif akan berkolaborasi dengan rakan dakwah dalam muzik, Opick, untuk sebuah konsert yang akan meninggalkan momen manis tersendiri.
Ini akan menjadi penampilan pertama Sakti atau Salman Al Jugjawy, nama yang dipilih seiring pencarian rohani dan menyebarkan dakwah bermain gitar di atas panggung untuk sebuah konsert besar.
Sakti tidak pernah tampil penuh di konsert sejak meninggalkan Sheila On 7 pada 2006, kecuali muncul sebagai tetamu undangan sahabat-sahabat sejatinya pada sebuah persembahan, Mei lalu.
Kolaborasi pemain gitar berusia 43 tahun ini akan menambah magis di sebalik alunan merdu dan mendamaikan vokal Opick, sang penyanyi berusia 46 tahun. Bersama Opick, penyanyi Nur Fazura, UNIC, Zizi Kirana, Adi Priyo dan Yabang Khalifah akan menambahkan kehangatan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur.
Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 11 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur pukul 8.30 malam. Menerusi konsert yang dibawa Al Kauthar Eduqids, Sakti percaya penampilan bersama Opick akan membuahkan ‘hasil’ dengan niatnya yang benar.
“Sebagai mantan pemain gitar secara komersial, lamaran ikut terlibat dalam Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur ini jujurnya agak menakutkan bagi saya yang sudah belasan tahun tidak bermain di pentas.
“Namun pada akhirnya setelah difikirkan saya hanya mahu sama-sama menyebarkan dakwah dengan cara paling ‘tidak menakutkan’. Saya mahu berbagi manfaat, sama seperti Opick.
“Bersama Opick yang punya segudang karya berunsur kerohanian, mengajak kita pulang kepada Ilahi dan mencari redhonya, saya percaya apa yang cuba disampaikan oleh pihak Al Kauthar Eduqids dan Icon Entertainment dalam konsep persembahan ini bertujuan baik.
“Persembahan ini bukan untuk melalaikan tetapi bakal membawa kita berasa damai dan senang lewat untaian karya kerohanian yang nanti disampaikan oleh teman-teman lain. Sampai jumpa nanti dan merasakan kedamaian lewat persembahan di konsert ini nanti,” ujar Sakti.
Penganjur, Iman Tang dari Icon Entertainment mengatakan usaha membawa Sakti pulang ke belantika muzik bukan untuk menganggu istiqamah beliau dalam menelusuri jalan kerohaniannya.
“Icon Entertainment sebenarnya cukup bertuah kerana Sakti bersetuju tampil di panggung dan Malaysia melakar sejarah kerana beliau belum pernah muncul memetik gitar dalam konsert penuh walaupun di Indonesia.
“Sebagai penganjur dan sahabat, saya percaya Sakti juga boleh menyebarkan dakwah menerusi kecintaannya terhadap muzik. “Apatah lagi beliau akan memainkan karya-karya dakwah yang telah digarap cukup indah daripada Opick dan selama ini menjadi ‘santapan jiwa’ buat kita semua.
“Semoga Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur mencapai matlamat dan memberi manfaat buat kita semua,” ujar Iman Tang. Bagi Opick yang cukup terkenal dengan karya hitnya seperti Dealova, Shollu Ala Muhammad, Di Bawah Langit Mu, Cahaya Hati,
Ya Rasul dan Semesta Bertasbih, beliau menyambut lamaran penganjur dengan senang hati apabila melihat rakan yang akan mengiringinya adalah Sakti.
“Nah, ini akan menjadi momen peribadi buat saya sendiri kerana bertemankan Sakti di atas panggung yang akan mengalunkan dengan indah karya-karya saya.
“Setelah itu ada juga rakan penyanyi dari Malaysia yang punya bakat luar biasa seperti Fazura, Amir Masdi, Zizi Kirana, Adi Priyo, Yabang Khalifah dan UNIC akan mengalunkan lagu-lagu kerohanian dengan manis,” ujar Opick. Untuk anda yang sekian lama menantikan ‘kepulangan’ Sakti dan merindui indahnya alunan vokal Opick bersama persembahan Amir Masdi, Fazura, Zizi Kirana, Adi Priyo, Yabang Khalifah dan UNIC, catat dalam kalender.
Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur, 11 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur. Harga tiket bermula dari RM228 (Cahaya Terang), RM268 (Dealova), RM288 (Buat Aku Tersenyum), RM308 (Tombo Ati) & RM4, 888 (Di Bawah Langitmu) untuk lapan orang boleh dibeli menerusi https://www.ticket2u.com.my/opickdansakti
INFORMASI
ACARA: TOMBO ATI RIDHO ILAHI – OPICK & SAKTI LIVE IN KUALA LUMPUR
BINTANG JEMPUTAN: NUR FAZURA, ZIZI KIRANA, ADI PRIYO, AMIR
MASDI, UNIC, YABANG KHALIFAH LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR
TARIKH: 11 NOVEMBER 2023’
PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT
TIKET: RM228 (CAHAYA TERANG), RM268 (DEALOVA), RM288 (BUAT AKU TERSENYUM), RM308 (TOMBO ATI), RM4,888 (DI BAWAH LANGITMU / 8 PAX)
PEMBELIAN TIKET: https://www.ticket2u.com.my/opickdansakti
MEDIA RASMI DIGITAL: ASTRO GEMPAK & SALAM MUSLIM
MEDIA RASMI RADIO: ERA FM & ZAYAN