LIMA penggiat muzik nasyid tanah air bergabung dalam sebuah konsert yang dinamakan 5 Rukun yang membawa mesej perpaduan umat Islam.
Rabbani, Hijjaz, In team, Mestica dan Daqmie bergabung untuk menyampaikan mesej Islam menerusi alunan suara dan muzik orkestra.
Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 September 2023 lalu bermula jam 9 malam, bukan sekadar konsert biasa, malah Konsert 5 Rukun ini diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaya (OTM) yang dibawakan khas oleh Istana Budaya yang mana ianya dipimpin oleh Tuan Yazid Zakaria selaku pengarah muzik terkemuka di Malaysia.
Dengan menerapkan gabungan irama nasyid dengan irama tradisional serta elemen budaya Malaysia yang lain, Konsert 5 Rukun turut menyaksikan pertembungan unik muzik Islamik dan muzik tradisional Melayu yang selama ini menjadi cerminan jati diri kita dalam melalui kehidupan seharian.
Pembukaan konsert ini dimulakan dengan nyanyian gabungan kelima-lima artis nasyid dengan membawakan lagu Syahadah dan seterusnya di ikuti dengan persembahan alunan muzik yang memukau oleh Okestra Tradisional Malaya. Sepanjang konsert dijalankan, penonton dilihat cukup teruja dan turut sama menyanyikan lagu-lagu yang disampaikan oleh semua penasyid.
Suasana pilu dan hiba terasa ketika segmen instrumental lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ”Di Mana Kan Ku Cari Ganti bersama slide ahli-ahli nasyid dan individu dibelakang tabir yang terlibat dalam perjalanan muzik nasyid tempatan yang telah meninggal dunia.
Perasan sedih itu terus mencengkam penonton apabila Rabbani dan Dakmie mengambil tempat mendendangkan lagu Pergi Takkan Kembali.
Beberapa lagu yang popular seperti Kasih Kekasih, Fatamorgana ,Kasih Sebatang Tamar membuat kan Zepp menjadi riuh dengan nyanyian bersama penonton. Begitu juga ketika Hijjaz tampil dengan lagu Sumayyah Zepp menjadi lebih riuh dengan alunan acapella sebelum muzik orkestra masuk.
Mestica juga tidak kurang hebat nya dengan lagu hits mereka Layar Keinsafan manakala Inteam dengan lagu hit Kasih Kekasih dan Tiada Tarikh Tamat membuat semua penonton menjerit teruja.
Sebelum berakhir konsert semua artis naik ke pentas Dakmie, Hijjaz, Inteam, Mestica, Rabbani mengajak semua yang ada di dalam Zepp berdiri dan berselawat Ya Nabi Salam Alaika bersama sama.
Secara keseluruhan, dapat dilihat konsert yang berdurasi selama lebih kurang 2 jam ini berjalan dengan jayanya. Dari segi sistem suara,susunan persembahan, interaksi antara penasyid dan penonton memang boleh dikatakan ianya sangat membanggakan. Semoga konsert yang baik seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.