Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Search bakal gegarkan Kuantan

Arena Muzik by Arena Muzik
September 20, 2023
in Berita
0
konsert search di kuantan
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat tahun lepas, kumpulan rock legenda tanah air, Search kembali menghiburkan peminat di pantai timur.


Setelah 10 tahun tidak mengadakan persembahan di pantai timur, Search bakal menghiburkan peminat di Stadium Sukpa, Kuantan pada 21 Oktober ini.
Ketua kumpulan Search, Nordin Taib atau mesra dengan panggilan Din dalam satu kenyataan memaklumkan konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminat yang sentiasa menyokong karier mereka sejak 42 tahun lalu.

“Konsert Search ‘Rock ‘N’ Roll Pie’ yang dianjurkan kali ini akan berlangsung selama dua jam. Semestinya kita akan mempersembahkan lagu-lagu hits yang boleh dikatakan “sing along songs” yang akan dibawa secara live,” katanya.


Pemain bass kumpulan Search, Amran Marsiman atau Yan pula menganggap Kuantan adalah bandar blues dan rock n roll kerana ramai peminat yang meminati muzik rock di sana berdasarkan pengalamannya.


“Kuantan ni blues sebab tu kita panggil ‘Kuantanamo’ macam di sana ada blues dan rock n roll, ramai lagi geng-geng seluar koyak yang masih lagi menggayakan fesyen serupa ini.


“Saya harap mereka ini dapat memberi sokongan dengan hadir ke konsert Search Rock ‘n’ Roll Pie ini, saya nak kita enjoy dengan muzik yang kita bawa nanti,” katanya.


Konsert Search ‘Rock ‘n’ Roll Pie’ yang dianjurkan oleh Imaginex akan mempersembahkan lagu-lagu hits selain lagu-lagu yang terdapat di dalam album Rock N Roll Pie sekaligus mengembalikan nostalgia.


Konsert Search Rock N Roll Pie turut mendapat kerjasama Space Limitless selaku rakan strategik, Gitar Legend dan JS Music selaku penaja, Grand Darul Makmur Hotel sebagai hotel rasmi dan THR Gegar Selaku radio rasmi.


Tiket bagi menonton konsert sudah mula dijual dan harga tiket RM95 (duduk) dan RM130 (berdiri) boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.

Tags: kuantansearch
Previous Post

Ella dan Radja Bersatu di Mega Star Arena

Next Post

Tujuh gitaris bergabung atas satu pentas

Next Post

Tujuh gitaris bergabung atas satu pentas

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.