Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

“Stop bullying!” – Insomniacks & Yonnyboii Lancar Single ‘Bersuara’

admin by admin
February 4, 2026
in Berita
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Kumpulan band popular tempatan insomniacks kembali dengan karya yang lebih berani dan emosional menerusi single terbaru “Bersuara”, hasil kolaborasi bersama Yonnyboii.

“Bersuara” lahir daripada pengalaman peribadi, rasa tidak didengari, serta tekanan emosi yang sering dipendam.

Menurut salah seorang Kumpulan insomniacks Iqy, lagu ini tercetus apabila pandangan dan suara seseorang seakan-akan diketepikan.

“Lagu ini tentang berdiri untuk diri sendiri, terutama apabila berdepan dengan penindasan atau buli. Ia tentang tahu nilai diri dan berani bersuara,” katanya.

Dari segi muzik, “Bersuara” menampilkan sisi lebih ‘heavy’ dan gritty, berbeza daripada identiti balada yang sering dikaitkan dengan insomniacks sebelum ini.

Kolaborasi bersama Yonnyboii pula Jadi nadi utama ‘Bersuara’

“Yonny ialah jiwa kepada lagu ini. Dia menulis hook dan membawa satu energi yang mentah dan berani. Dia tambah ‘grittiness’ yang menjadikan ‘Bersuara’ lebih hidup,” kata Iqy lagi.

Bagi Yonnyboii, “Bersuara” adalah luahan peribadi yang sangat dekat dengan dirinya.

“Lagu ni terhasil bila saya rasa saya tak didengari oleh sekelompok orang. Jadi saya buat lagu ni sebagai satu keyakinan untuk bersuara tentang apa-apa kesusahan yang saya lalui.

“Saya sebenarnya lebih lama menjiwai muzik alternatif berbanding rap. Jadi bila masuk ke genre rock ni, saya rasa lebih selesa. Untuk saya, ini ‘fresh start’ untuk kongsi sisi lain diri saya dengan pendengar,” katanya.

Proses kolaborasi bersama insomniacks pula disifatkan sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan bebas tekanan.

Insomniacks dan Yonnyboii berharap lagu ini dapat memberi impak kepada pendengar, menjadi ruang selamat untuk meluahkan emosi dan sebagai peringatan tegas terhadap isu buli.

“Kami harap pendengar lebih berani mengekspresikan perasaan mereka dan lepaskan tekanan. Dan paling penting, stop bullying,” kata mereka.

“Bersuara” boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 06 Februari 2026.

Previous Post

Malam Simfoni Luka jadi platform luah emosi Gen Z

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.