Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Industri Muzik Malaysia Rekod Pendapatan Tertinggi RM428.3 Juta

admin by admin
January 27, 2026
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

KUALA LUMPUR: Industri muzik Malaysia mencatat pendapatan tertinggi sebanyak RM428.3 juta sepanjang 2025, meningkat 17.7 peratus berbanding RM352.4 juta pada tahun sebelumnya, menurut Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

RIM memaklumkan pertumbuhan itu didorong oleh penstriman digital serta peningkatan kutipan royalti persembahan awam.

Lagu tempatan paling tinggi distrim ialah Menjaga Jodoh Orang Lain nyanyian Ara Johari. Lagu antarabangsa pula Die With A Smile oleh Lady Gaga dan Bruno Mars, manakala kategori Cina dimenangi 跳楼机 (Jumping Machine) oleh LBI利比.

Insomniacks muncul sebagai artis tempatan paling tinggi distrim. Taylor Swift mendominasi kategori antarabangsa, manakala LBI利比 bagi kategori Cina.

Beberapa artis tempatan turut mencipta kejayaan serantau. Ernie Zakri berjaya menerusi lagu Masing-Masing bersama Ade Govinda. Dolla pula berkolaborasi dengan Tobii dari Thailand menerusi Bad Girls Like You.

Penyanyi JessC (Jessie Chung) mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Best Asian Pop di InterContinental Music Awards 2025 di Los Angeles menerusi lagu Mandarin My Style.

Sokongan kerajaan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM700,000 membantu meningkatkan kualiti penerbitan muzik tempatan.

RIM turut menekankan keperluan perlindungan hak cipta dalam era kecerdasan buatan (AI) bagi melindungi pemilik karya.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata industri muzik Malaysia kekal optimistik dan berpotensi berkembang di peringkat antarabangsa.

“Pertumbuhan ini membuktikan industri muzik tempatan semakin kukuh dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kerjasama awam-swasta serta rangka kawal selia yang jelas, khususnya berkaitan penggunaan muzik berhak cipta dalam latihan AI, penting bagi memastikan kelangsungan industri.” Katanya.

Previous Post

Jangan Lupa! Tenxi, Naykilla Gegarkan Zepp KL Hujung Minggu Ini

Next Post

Malam Simfoni Luka jadi platform luah emosi Gen Z

Next Post

Malam Simfoni Luka jadi platform luah emosi Gen Z

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.