Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ernie Zakri Rangkul Dua Anugerah Utama Abpbh 37

admin by admin
December 16, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Penyanyi popular, Ernie Zakri, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37).

Kemenangan berganda itu diakui sebagai satu kejutan buat Ernie yang meluahkan rasa syukur atas sokongan padu peminat dari Malaysia dan Indonesia. Dengan jumlah undian mencecah 124 juta, Ernie berjaya meraih anugerah tertinggi malam berprestij itu.

“Alhamdulillah, anugerah ini milik peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan mengundi saya. Terima kasih kepada Ernienators kerana merealisasikan impian ini,” kata Ernie.

Tahun 2025 menyaksikan Ernie terus berada di puncak kerjaya apabila single hitnya Masing Masing meraih status 3x Platinum di Malaysia dan Indonesia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara vokalis wanita paling berpengaruh di rantau ini.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, turut mengucapkan tahniah dan menyifatkan kejayaan ini sebagai pengiktirafan terhadap bakat, dedikasi serta hubungan erat Ernie bersama peminat.

Sebagai penutup tahun, Ernie Zakri bakal menghiburkan peminat menerusi ‘Nostalgia NYE Concert’ di Le Meridien Petaling Jaya pada 31 Disember ini, selain memberi bayangan pelancaran single Hari Raya baharu pada tahun hadapan.

Previous Post

Haqiem Rusli Raih Anugerah Emas RIM, ‘Mimpi’ Terus Jadi Fenomena

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.