Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ernie Zakri Tampil Dengan Single Funky Terbaharu, ‘Dansa’ Angkat Mesej Positif

admin by admin
November 5, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Dansa, yang menampilkan sisi segarnya menerusi genre pop berunsur funky serta mesej positif untuk bangkit daripada tekanan hidup.

Lagu ciptaan Ernie bersama John Jeeves, yang juga bertindak sebagai penerbit, membawa pendekatan lebih moden dan ringan, berbeza daripada karya balada yang sinonim dengan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Menurut Ernie, Dansa lahir daripada keinginan untuk mengajak pendengar memberi ruang kepada diri sendiri untuk bernafas dan meraikan kehidupan, walaupun sedang berdepan saat sukar.

“Saya mahu sampaikan bahawa kita boleh ‘menari jauh’ daripada kerisauan. Kadang-kadang kita terlalu dibebani tekanan sehingga lupa menikmati perkara yang ada di hadapan mata,” katanya.

Ernie berkata, proses penciptaan lagu bersama John berjalan lancar kerana kedua-duanya jelas dengan konsep yang ingin dibawa, selain mahu menghasilkan karya yang mampu menceriakan pendengar.

“Kerjasama dengan John sangat menyenangkan. Aliran idea kami serasi dan penulisan lirik juga berlaku dalam masa singkat. Harapan saya, Dansa dapat membantu pendengar melupakan kesedihan dan menghargai setiap detik,” ujarnya.

Walaupun mengekalkan identiti pop, susunan muzik Dansa disuntik elemen funky dan kontemporari bagi memberikan kelainan dalam katalog muziknya. Ernie turut merancang untuk menyertakan lagu itu dalam album Sahabat sebagai variasi konsep.

Dengan mesej positif, vokal bertenaga dan susunan muzik yang segar, Dansa dijangka menjadi antara karya baharu yang menyerlah dalam perjalanan seni Ernie, sekali gus menambah warna dalam industri muzik tempatan.

Dansa kini boleh didengarkan di semua platform digital.

Previous Post

Sentuhan Indie Dalam ‘Terjatuh Cinta’ – Julia Duclos Dedah Kisah Melepaskan Dengan Rela

Next Post

Masih Ada Sinar Untuk Industri Konsert Malaysia- Iman Tang

Next Post

Masih Ada Sinar Untuk Industri Konsert Malaysia- Iman Tang

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.