Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

“Terpatri Cinta” – Zara Zya Dedah Kisah Cinta Menyentuh Jiwa

admin by admin
November 3, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Pelakon dan penyanyi, Zara Zya kembali mewarnai industri muzik tanah air menerusi single terbaharu berjudul Terpatri Cinta, ciptaan penuh komposer dan penulis lirik berbakat, Wanns Ahmad.

Menampilkan nuansa romantik dengan sentuhan Islami, lagu tersebut memperlihatkan sisi lebih matang dan lembut Zara, sekali gus membawa pendengar menyelami makna cinta yang bukan sekadar antara dua insan, tetapi berpaksikan keikhlasan dan reda Ilahi.

“Pertama kali saya baca lirik dan dengar melodi Terpatri Cinta, hati saya terus tertarik. Lagu ini lembut tetapi mendalam. Ia bukan sekadar mengenai kasih, tetapi tentang cinta yang berpaksikan keikhlasan dan reda Allah.

“Wanns buat mengikut apa yang saya mahukan ada ‘vibes’ Indonesia dan sedikit elemen Islamik,” katanya.

Zara mengakui, bait lirik dalam lagu tersebut cukup dekat dengan perjalanan peribadinya sebagai wanita dan anak seni.

“Ada bahagian lagu ini yang rapat dengan pengalaman saya. Ia bukan semata-mata kisah cinta, tetapi perjalanan hati bagaimana cinta itu boleh menjadi doa,” ujarnya.

Mengulas mesej karya itu, Zara berkata Terpatri Cinta mengajak pendengar melihat cinta dari sudut yang lebih suci.

“Cinta yang paling indah ialah cinta yang disucikan dengan niat yang betul. Kasih yang halal dan diberkati itu bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi dua jiwa menuju syurga bersama,” jelasnya.

Dari segi produksi, Zara memilih karya tersebut kerana merasakan ia memiliki keunikan tersendiri.

“Keunikan lagu ini terletak pada kesederhanaannya. Tak berlebihan, tetapi sarat emosi,” katanya.

Rakaman single tersebut mengambil masa hampir sebulan, dan Zara bersyukur kerjasama dengan Wanns berjalan lancar.

“Wanns seorang komposer yang memahami jiwa saya. Dia bukan hanya fikir soal teknik, tetapi juga emosi. Dia faham saya bukan penyanyi profesional, jadi prosesnya mudah saja,” katanya.

Namun, cabaran utama buat Zara adalah mengawal emosi ketika merakamkan lagu itu.

“Ada bahagian lagu yang terlalu dekat di hati sampai suara bergetar. Saya juga sering tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri,” katanya jujur.

Menariknya, Terpatri Cinta turut tampil dengan muzik video berkonsep minimalis, memberi tumpuan kepada penyampaian rasa, bukan visual berlebihan.

“Konsep muzik video lebih minimalis dan fokus pada rasa. Terima kasih kepada Datuk Alha Alfa kerana sudi menaja muzik video Terpatri Cinta,” katanya penuh penghargaan.

Diminta menggambarkan lagu itu dalam satu perkataan, Zara menyifatkannya sebagai “Abadi. Cinta yang abadi kerana Allah.”

Zara berharap karya tersebut diterima baik dan memberi ketenangan kepada pendengar.

“Saya harap lagu ini menyentuh hati, tidak kira usia atau pengalaman. Jika ada yang rasa tenang, terubat atau tersenyum selepas mendengarnya, itu sudah cukup bermakna untuk saya. Terpatri Cinta bukan sekadar lagu, tetapi doa kecil tentang cinta abadi,” katanya.

Dikeluarkan bersempena ulang tahun kelahirannya pada 22 Oktober lalu, “Terpatri Cinta” kini boleh distrim di semua platform digital, manakala muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube Seventeen Eleven Music.

Previous Post

‘Playlist ASEAN PMX’: Diplomasi Bertemankan Irama Malaysia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.