Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

CIPTA 3: M. Nasir Belanja Peminat Rock Tanpa Henti

admin by admin
September 29, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

AXIATA Arena bergema dengan sorakan dan semangat luar biasa apabila legenda muzik tanah air, M. Nasir, menghidupkan malam dengan lebih 20 lagu secara ‘nonstop’ dalam konsert mega Cipta 3.

Hampir tiga jam pentas berapi, penonton tidak berganjak seolah-olah terpukau dalam relai rock yang penuh tenaga dan emosi.

“Saya tak sangka akan dapat ‘crowd’ yang ramai sebegini, walaupun ini konsert ketiga saya.

“Terima kasih semua kerana hadir dan beri sokongan,” ujar M. Nasir sambil tersenyum, memandang lautan peminat yang setia dari awal hingga akhir.

Konsert itu bukan sekadar persembahan tetapi satu pernyataan seni.

Daripada segi stamina, M. Nasir membuktikan dirinya masih ‘raja pentas’ dan daripada segi produksi, lampu, visual dan gubahan muzik direka dengan teliti sehingga mencipta suasana yang benar-benar mengangkat jiwa rock.

“Konsert ini adalah satu relai percintaan iaitu penghargaan kepada lagu-lagu rock yang pernah saya cipta untuk artis lain.

“Sekarang saya sendiri menyanyikannya, jadi sedaya upaya saya beri yang terbaik,” katanya.

Walaupun beberapa lagu dipendekkan demi menjaga tempo konsert, penonton tetap dihidangkan dengan deretan lagu ikonik seperti Pawana, Gemuruh dan Gerhana yang mana setiap satu mencetuskan nostalgia dan semangat yang membara.

Lebih daripada sekadar hiburan, Cipta 3 menjadi pentas pengakuan M. Nasir terhadap sisi rocknya yang selama ini jarang ditonjolkan secara besar-besaran.

“Saya dah rock sejak awal lagi, dan malam ini peluang untuk ekspresikan secara rock dalam konsert besar seperti ini memang satu anugerah,” katanya, penuh rasa syukur.

Bagi ribuan peminat yang hadir, malam itu bukan sekadar konsert ia adalah pengalaman spiritual, satu perjalanan muzik yang menyentuh jiwa dan menghidupkan semangat.

Previous Post

Konsert EMPAT: Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Satukan Dua Generasi Atas Satu Pentas

Next Post

Nusa Fest Tampilkan Nidji dan Bunkface

Next Post

Nusa Fest Tampilkan Nidji dan Bunkface

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.