Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kolaborasi Aisha Retno & Ade Govinda Sentuh Emosi Menerusi “Semoga Saja”

admin by admin
September 22, 2025
in hiburan
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Penyanyi bersuara unik, Aisha Retno kembali dengan single terbaharu berjudul “Semoga Saja”, hasil kolaborasi bersama pemuzik dan produser terkenal Indonesia, Ade Govinda.

Dikenali menerusi lagu hits seperti “Mengikat Jiwa”, “Nukilanku”, “W.H.U.T”, “Pencarianku” dan “Sutera”, Aisha berkata lagu ini cukup peribadi kerana mengangkat tema kehilangan serta doa buat insan tersayang yang telah pergi.

“Sejujurnya, lagu ini mewakili rasa kehilangan yang pernah dirasai ramai orang. Saya berharap pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada serta memperoleh kekuatan dalam harapan yang tersisa,” katanya.

Berbeza dengan karya pop-ballad Ade Govinda sebelum ini, “Semoga Saja” hadir dengan tempo sederhana tetapi tetap sarat dengan emosi. Lagu ini turut menyerlahkan kelembutan vokal Aisha yang dibalut harmoni muzik khas sentuhan Ade.

Menariknya, Aisha juga tampil sebagai penulis lirik bersama Ade, menjadikan karya ini lebih dekat dengan dirinya. 

Ade dalam pada itu berharap kolaborasi ini membuka ruang untuk lebih banyak kerjasama pada masa akan datang.

Video muzik rasmi arahan Bagoes Tresna Adji yang menjalani penggambaran di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia, turut dilancarkan serentak.

 Visualnya menggambarkan rasa menunggu kehadiran seseorang yang sudah tiada, selari dengan naratif lagu.

“Semoga Saja” boleh didengar di semua platform digital, manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Ade Govinda.

Previous Post

Elite Live 25: Malam Magis Kembalikan Nostalgia dan Satukan Generasi

Next Post

ALPHA Hadiahkan Peminat MV Rasmi ‘P Ramlee Saloma’

Next Post

ALPHA Hadiahkan Peminat MV Rasmi ‘P Ramlee Saloma’

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.