Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

ALPHA Hadiahkan Peminat MV Rasmi ‘P Ramlee Saloma’

admin by admin
September 22, 2025
in hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa AzmiKumpulan lelaki di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, ALPHA, melancarkan video muzik rasmi bagi single kedua mereka, P Ramlee Saloma, selepas lagu tersebut meraih kejayaan besar sejak diperkenalkan Julai lalu.

Single berkonsep balada moden itu diinspirasikan daripada kisah cinta abadi dua legenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Ia turut dipilih sebagai runut bunyi drama popular yang sekali gus mengukuhkan kedudukan ALPHA dalam industri muzik tempatan.

“Dalam tempoh singkat, lagu ini berjaya meraih jutaan strim. Sokongan peminat membuktikan muzik kami diterima, dan itu benar-benar buat saya terharu,” kata ahli kumpulan, Rizal Rasid.

ALPHA yang dianggotai Rizal, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol, sebelum ini tampil dengan single sulung Monalisa (Bang Bang) yang turut mencatat kejayaan tersendiri.

Selepas dua bulan dilancarkan, P Ramlee Saloma sudah mencatat lebih 22 juta capaian digital di pelbagai platform.
“Bila nampak lagu ini trending, semangat saya naik berganda. Kami akan terus berusaha hasilkan karya lebih baik dan berharap peminat terus bersama kami,” ujar Araff.

Video muzik rasmi yang dilancarkan itu menampilkan visual romantik dengan sentuhan sinematografi moden, memperindah makna lagu sekali gus menjadi simbol penghargaan ALPHA kepada penyokong setia mereka.

Previous Post

Kolaborasi Aisha Retno & Ade Govinda Sentuh Emosi Menerusi “Semoga Saja”

Next Post

Rock Keras, Rock Cintan, Balada Hingga Kapak Semua Ada di Cipta 3

Next Post

Rock Keras, Rock Cintan, Balada Hingga Kapak Semua Ada di Cipta 3

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.