Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Elite Live 25: Malam Magis Kembalikan Nostalgia dan Satukan Generasi

admin by admin
September 22, 2025
in hiburan
0
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Tyah Helmi

Malam Sabtu lalu menjadi detik bersejarah apabila lima bintang wanita yang pernah mendominasi era 90-an kembali menggegarkan pentas mega menerusi konsert Elite Live 25 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kumpulan Elite yang dibarisi Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin dan Watie Sadali tampil penuh bertenaga, sekali gus mengubat kerinduan ribuan peminat yang membanjiri dewan demi menyaksikan kemunculan semula legenda muzik wanita negara.

Konsert anjuran Icon Entertainment di bawah kelolaan Iman Tang itu tampil dengan sentuhan visual moden, pancaran lampu dramatik serta efek khas, menjadikan pentas seakan arena antarabangsa.

Seawal tirai dibuka, sorakan gemuruh bergema apabila Elite melantunkan rangkaian lagu rancak seperti Ladiva, Merbahaya, Aku, Siapa Kau Siapa dan Mengerti. Suasana menjadi lebih mesra apabila Linda Rafar berseloroh tentang kepenatan selepas empat lagu berturut-turut, mencuit tawa penonton.

Persembahan terus hangat dengan lagu ikonik termasuk Sesuatu Dalam Dirimu, Dua Hati dan Bila, mempamerkan kematangan vokal yang masih padu meskipun lebih dua dekad berlalu.

Momen istimewa tercipta apabila kumpulan Gen-Z, Alpha, tampil bersama Elite membawakan Di Pintu Syurga, melambangkan penyatuan generasi lama dan baharu.

Nostalgia juga semakin terasa apabila Elite mengimbas detik pahit manis mereka termasuk kemelut tahun 1999 ketika Abby berundur dari kumpulan. Namun malam itu jelas membuktikan ikatan mereka masih kukuh.

“Saya masih nak bersama dengan kawan-kawan (Elite) kerana ukhwah ‘abadan-abadan’. Kalau bukan kerana konsert macam ini, memang susah nak jumpa. Saya sangat bersyukur Allah temukan kami selepas 25 tahun,” kata Abby dalam nada sebak.

Menurut Watie pula, mereka hanya mempunyai tiga bulan untuk berlatih sebelum konsert berlangsung.

“Kadang-kadang memang tak cukup tidur sebab nak bagi yang terbaik untuk peminat. Terima kasih Icon Entertainment kerana beri peluang ini, ini memang impian saya,” katanya.

Konsert turut dimeriahkan dengan segmen medley dan lagu popular seperti Catwalk, Dirinya Dirimu, Susah Jadi Senang, Alhamdulillah, Trauma dan Gig. Kemunculan kumpulan X Factor sebagai artis jemputan menerusi lagu Bertuah dan 7251364 menambah warna persembahan.

Selepas lebih dua jam, Elite menutup malam penuh magis itu dengan dua lagu keramat, Tamparan Wanita dan Manisnya Senyumanmu. Seluruh dewan berdiri, menari dan menyanyi bersama, menandakan rindu peminat akhirnya benar-benar terubat.

Di sebalik persembahan mantap, tenaga pengarah muzik Johan John bersama barisan pemuzik profesional turut mengangkat Elite Live 25 sebagai sebuah konsert yang akan dikenang sepanjang zaman.

Previous Post

Ernie Zakri Angkat Nama Malaysia, Raih Dua Trofi AIM24

Next Post

Kolaborasi Aisha Retno & Ade Govinda Sentuh Emosi Menerusi “Semoga Saja”

Next Post

Kolaborasi Aisha Retno & Ade Govinda Sentuh Emosi Menerusi “Semoga Saja”

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.