Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ernie Zakri Angkat Nama Malaysia, Raih Dua Trofi AIM24

admin by admin
September 17, 2025
in Berita
0
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh:Aliyaa Azmi

Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri melakar sejarah peribadi apabila menggondol dua trofi utama pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), sekali gus mengangkat martabat muzik tempatan ke persada serantau.

Ernie diumumkan pemenang bagi kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik menerusi lagu Masing-Masing bersama Ade Govinda, selain Lagu Paling Tinggi Distrim untuk karya sama.

Beliau turut terbabit dalam kejayaan album Aura yang meraih Rakaman Lagu Terbaik, di bawah naungan Universal Music Malaysia (UM).

“Kemenangan ini amat bermakna, bukan hanya buat saya tetapi seluruh pasukan kreatif yang menjayakan Aura dan Masing-Masing. Ia bukti muzik Malaysia mampu menembusi pasaran serantau. Terima kasih Universal Music Malaysia, AIM24 dan semua peminat yang terus menyokong,” katanya.

UM yang bernaung di bawah Faithful Music terus mendominasi AIM24 dengan meraih keseluruhan 10 anugerah, termasuk kejayaan album Belagu II oleh Dayang Nurfaizah yang membawa pulang Album Terbaik serta hadiah utama Dana Kandungan Digital (DKK) bernilai RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi.

AIM24 turut menyaksikan Ernie membuat persembahan istimewa bersama Anggi Marito dari Indonesia dan Ade Govinda dari MyMusic Records, yang mendapat sorakan hangat penonton.

Malam anugerah itu turut memberi penghormatan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan Anugerah Sri Wirama, manakala Faizal Tahir membawa pulang empat trofi dalam kategori berbeza.

Dengan kejayaan ini, Ernie terus membuktikan kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi wanita paling berpengaruh masa kini, seiring dominasi UM sebagai syarikat rakaman nombor satu negara.

Previous Post

BluntSheep Lakar Sejarah, Mini Album ‘Di Puncak Dunia’ Angkat Aspirasi Anak Muda Malaysia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.