Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza, Exists & Dolla Antara Tarikan Malam AIM24

admin by admin
September 4, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) pada 13 September ini bakal menyerikan pentas Arena of Stars, Genting Highlands dengan persembahan bintang ternama tanah air.

Antara yang bakal tampil termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, kumpulan legenda Exists, serta generasi baharu seperti Ernie Zakri, Dolla, Shila Amzah dan Black Hanifah.

Acara bertemakan “Kemuncak Segala-Galanya” itu sekali lagi akan dikendalikan hos popular, Sherry Al-Hadad dan Alif Satar.

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM24, Rosmin Hashim, pemilihan artis dan penyampai trofi dibuat berdasarkan kekuatan mereka dalam industri muzik.

“Dolla bakal bergabung dengan bintang hip-hop Thailand, Tobii, manakala Ernie Zakri pula akan tampil bersama Ade Govinda dan Anggi Marito dari Indonesia,” katanya pada sidang media di Premiera Hotel, hari ini.

Turut dinantikan ialah persembahan istimewa daripada Siti Nurhaliza, selain penampilan Exists yang kekal relevan dalam industri muzik Malaysia.

AIM24 juga memberi ruang kepada bakat baharu apabila semua finalis kategori Artis Baru Terbaik iaitu Erika Foo, Intan Maya, K.O.I, Ryenald Guntabid dan Xone akan mempersembahkan karya mereka.

Sebanyak 30 kategori dipertandingkan, dengan pemenang 11 kategori terpilih bakal menerima dana keseluruhan berjumlah RM700,000 melalui Dana Kandungan Kreatif (DKK) oleh MyCreative Ventures.

Malam AIM24 akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan portal RTM Klik bermula jam 9 malam, manakala acara karpet merah bermula pada 8 malam

Previous Post

‘Billboard’ Elite’25 di KL Curi Perhatian

Next Post

Semoga Ada Rezeki Bawa Pulang Trofi AIM24’ – Ernie Zakri

Next Post

Semoga Ada Rezeki Bawa Pulang Trofi AIM24’ – Ernie Zakri

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.