Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Pamungkas Lancar Single Terbaru ‘Sambung’ di Panggung Purnama

admin by admin
September 4, 2025
in Berita, hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh:Aliyaa Azmi

Panggung Purnama bakal memukau peminat pada 28 September ini di Zepp Kuala Lumpur dengan gabungan tiga pemuzik hebat dari Malaysia dan Indonesia.

Buat pertama kali dianjurkan oleh UdaraLaskhar, konsert itu menampilkan dua nama besar Indonesia, Pamungkas dan Bilal Indrajaya, serta Fugo selaku wakil tunggal Malaysia.

Fugo menyifatkan peluang berkongsi pentas bersama Pamungkas dan Bilal sebagai reunion manis yang pastinya mencipta momen istimewa.

“Walaupun September penuh dengan konsert, kami yakin Panggung Purnama tetap menonjol kerana menampilkan tiga pemuzik yang mempunyai peminat dan kekuatan tersendiri. Semoga kita berjumpa di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September,” kata wakil penganjur UdaraLaskhar, John Labu.

Menambah keterujaan, Pamungkas bakal menjadikan Panggung Purnama sebagai pentas pertama mempersembahkan single terbarunya berjudul Sambung, yang dijadual dilancar pada 12 September ini.

“Judulnya Sambung, itu single terbaru saya yang akan dipasarkan 12 September dan pertama kali saya bawakan secara langsung di Panggung Purnama,” katanya menerusi temu bual virtual di Bijou Cafe, Ara Damansara, baru-baru ini.

Selain lagu baharu, Pamungkas turut menjanjikan deretan karya popular yang telah lama menambat hati peminat. Malah, kemungkinan gandingan istimewa bersama Bilal Indrajaya untuk lagu Yang Tercinta juga tidak ditolak.

“Ya, itu perlu saya minta izin dulu kepada Noh Salleh,” katanya berseloroh.

Sementara itu, Bilal dan Fugo juga giat membuat persiapan rapi untuk memastikan persembahan kali ini meninggalkan momen bermakna buat peminat.

Tiket dengan harga bermula RM179 hingga RM399 boleh didapati menerusi www.ilassotickets.com.

Previous Post

Semoga Ada Rezeki Bawa Pulang Trofi AIM24’ – Ernie Zakri

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.