Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Asyraf Nasir Bawa Kisah Dongeng Moden Dengan Sentuhan Hip Hop Menerusi “CINDERELLA”

admin by admin
September 2, 2025
in Wawancara
0
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh:Aliyaa Azmi

Nama Asyraf Nasir sekali lagi menjadi bualan apabila tampil dengan single terbaharunya berjudul CINDERELLA. Jika dongeng asal memaparkan kasut kaca, Asyraf hadir dengan tafsiran moden yang lebih berani, penuh keyakinan dan bergaya.

Mengangkat tema feel-good, CINDERELLA ditujukan khas buat mereka yang pernah dipinggirkan atau dianggap underdog, tetapi akhirnya berpeluang melangkah ke hadapan dan menikmati sorotan perhatian.

“CINDERELLA adalah untuk sesiapa yang pernah rasa terpinggir, tapi dalam hati tahu mereka ada sesuatu yang istimewa. Lagu ini tentang keyakinan bila semua mata memandang, anda enjoy sepenuhnya,” kata Asyraf.

Lebih menarik, lagu ini dirakam hanya dalam masa dua hari, menggunakan banyak rakaman first take. Sama seperti karya terdahulunya VIRUS, kerjasama Asyraf dengan penerbit dan rakan kolaborasinya, SonaOne, sekali lagi berjaya mencipta magis studio yang penuh spontan.

“Kita tak overthink. Apa yang anda dengar adalah hasil tangkapan babak sebenar, jujur dalam cara terbaik,” jelasnya.

Asyraf turut menyifatkan pengalaman bekerja dengan SonaOne sebagai satu proses kreatif yang mencabar dan seronok. “Macam main ping-pong idea, saya lempar, dia balas, dan tiba-tiba lagu ni jadi hidup,” katanya sambil tersenyum.

Lagu ini turut menampilkan bunyi eccentric synth piano yang diolah daripada sebuah lagu lama Malaysia, diberi nafas baharu dengan sentuhan moden. Menariknya, CINDERELLA sebenarnya bermula sebagai demo sejak tahun 2020, namun kekal hampir sama hingga ke versi akhir kerana menurut Asyraf, “keajaibannya sudah ada sejak awal.”

“Kita perbaiki adunan muzik, tapi kekalkan rasa asal. Untuk hasil akhir, saya percayakan KidKenobi,” tambahnya.

Fakta menarik, tajuk asal lagu ini bukan Cinderella tetapi Condifento nama spontan yang tercetus semasa sesi jamming.

Lebih daripada sekadar sebuah lagu, CINDERELLA menjadi simbol era baharu buat Asyraf. “Setiap lagu selepas ini akan ada karakter dan personalitinya sendiri, macam dalam filem. Saya mahu pendengar tenggelam dalam fantasi itu,” ujarnya penuh semangat.

Dengan gabungan lirik yang nakal, rentak hip hop segar, dan sentuhan eksperimental, CINDERELLA membuktikan bahawa kisah dongeng juga boleh diberi nafas moden yang lebih relevan dengan generasi kini.

Single CINDERELLA bakal berada di semua platform digital bermula 8 Ogos 2025.

Previous Post

Di Puncak Dunia lahir rasa cinta BluntSheep terhadap tanah air

Next Post

‘Billboard’ Elite’25 di KL Curi Perhatian

Next Post

'Billboard' Elite'25 di KL Curi Perhatian

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.