Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kim Jong-kook Umum Bakal Berkahwin, Adakan Majlis Secara Tertutup

admin by admin
August 18, 2025
in hiburan
0
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh:Aliyaa Azmi

Penyanyi dan personaliti popular Korea Selatan, Kim Jong-kook mengumumkan akan mendirikan rumah tangga pada usia 49 tahun.

Perkara itu dikongsikan menerusi sepucuk surat tulisan tangan di kafe peminatnya pada Isnin, 18 Ogos. Dalam surat itu, Jong-kook mengakui berdebar membuat pengumuman mengenai perkahwinannya.

“Saya selalu membayangkan suatu hari nanti akan menulis sesuatu seperti ini, namun tetap rasa gementar ketika melakukannya. Saya akan berkahwin,” katanya.

Menurutnya, tahun ini cukup bermakna kerana bertepatan dengan ulang tahun ke-30 debutnya sebagai penyanyi.

“Walaupun agak lewat, saya rasa sangat bertuah. Saya akan hidup dengan baik,” ujarnya lagi.

Agensi TURBO.JK COMPANY turut mengesahkan majlis perkahwinan itu akan berlangsung secara sederhana bersama keluarga serta rakan rapat.

“Lebih bermakna untuk memulakan langkah baharu ini pada tahun ke-30 debutnya. Kami berharap ramai peminat akan mendoakan dan memberikan sokongan,” kata agensi itu.

Sementara itu, Jong-kook merancang pelancaran album baharu dan konsert pada bulan Oktober sebagai sebahagian sambutan tiga dekad perjalanan seninya.

Pada Mei lalu, beliau dilaporkan membeli sebuah unit kediaman mewah di Nonhyeon-dong, Gangnam-gu, Seoul bernilai 6.2 bilion won yang sebelum ini pernah disifatkannya sebagai berpotensi menjadi rumah pengantin baru.

Sumber: Soompi, Koreaboo

Previous Post

Andi Bernadee kembali dengan ‘Siapakah Namamu’ – kisah cinta pandang pertama

Next Post

Ara Johari Reda, Impian AIM24 Terkandas Akibat Kesilapan Teknikal

Next Post

Ara Johari Reda, Impian AIM24 Terkandas Akibat Kesilapan Teknikal

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.