Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Andi Bernadee kembali dengan ‘Siapakah Namamu’ – kisah cinta pandang pertama

admin by admin
August 15, 2025
in Berita
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat keindahan detik pertemuan cinta tidak diduga.

Karya ini merupakan hasil kolaborasi Andi bersama Kuizz dan The T, dengan Kuizz bertindak sebagai penyusun muzik dan penerbit.

Menurut Andi, Siapakah Namamu membawa pendengar merasai debaran cinta pandang pertama yang mempesona dan menimbulkan keinginan untuk mengenali insan istimewa itu.

“Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang menunggu kehadiran cinta. Akhirnya, cinta itu hadir di depan mata, mempesona dengan wajah ayu, cantik dan jelita, lalu timbul keinginan untuk berkenalan,” katanya.

Idea penghasilan bermula apabila Andi menerima melodi daripada The T yang terus “mengikat” perhatiannya.

“Saya tertarik dengan melodinya dan merasakan ada sesuatu yang istimewa. Sebelum ini, saya belum pernah mempunyai rentak seperti ini dalam discography saya,” jelasnya.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azul Andi Mapangile turut menyumbang idea lirik bagi menambahkan sentuhan peribadi. Proses rakaman berjalan lancar, namun memerlukan ketelitian teknik vokal kerana permainan melodi yang turun naik.

“Melodinya kedengaran mudah, tetapi sebenarnya memerlukan kawalan vokal yang baik. Keunikan melodi inilah yang menjadi kekuatan lagu ini,” katanya yang turut memuji komitmen Kuizz dan The T sebagai tulang belakang penghasilan karya itu.

Bagi Andi, lagu ini tidak memerlukan pendengar menafsir lirik secara mendalam.

“Pasang saja lagu ini ketika anda sedang dilamun cinta dengan seseorang yang baru anda kenali. Anda akan faham perasaannya,” ujarnya.


Siapakah Namamu boleh didapati di semua platform penstriman digital mulai hari ini, manakala muzik video akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Andi Bernadee.

Previous Post

Aina Abdul, Dayang dan Ernie Terajui 9 Pencalonan AIM24

Next Post

Kim Jong-kook Umum Bakal Berkahwin, Adakan Majlis Secara Tertutup

Next Post

Kim Jong-kook Umum Bakal Berkahwin, Adakan Majlis Secara Tertutup

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.