Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Taylor Swift Muncul Dengan Album Terbaru ‘The Life Of A Showgirl’ Buat Peminat

admin by admin
August 14, 2025
in hiburan
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Nadhirah Akmam

TAYLOR Swift mengumumkan album studio ke-12, ‘The Life Of A Showgirl’ yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober ini.

Pengumuman dibuat ketika kemunculannya dalam podcast ‘New Heights’ yang dihoskan teman lelakinya, bintang NFL Travis Kelce, bersama abangnya, Jason Kelce.

“Saya siapkan album ini ketika berada di Eropah semasa jelajah Eras,” katanya sambil memegang salinan album baharu itu.

Travis Kelce turut mengagumi kemampuan Swift menyiapkan album penuh di tengah jadual padat konsert jelajah yang habis terjual di seluruh dunia.

Swift berkata proses kreatif itu memberi semangat walaupun berdepan tuntutan fizikal.

“Saya akan membuat persembahan tiga malam berturut-turut, kemudian cuti tiga hari, terbang ke Sweden. Walaupun penat, saya teruja untuk terus berkarya,” ujarnya.

Swift turut berkongsi di laman Instagram miliknya, kulit album dan senarai 12 lagu, termasuk satu-satunya kolaborasi bersama Sabrina Carpenter untuk lagu utama.

‘The Life Of A Showgirl’ adalah album pertama selepas Swift memperoleh semula hak penuh terhadap katalog lagu lamanya, termasuk filem konsert, video muzik, seni album dan rakaman yang belum dikeluarkan.

Swift sebelum ini merakam semula enam album awalnya sebagai ‘Taylor’s Version’ selepas pertikaian dengan bekas pengurus bakat Scooter Braun yang membeli hak master asalnya. Album baharu ini hadir selepas ‘The Tortured Poets Department’ (2024) dan kejayaan jelajah ‘Eras Tour’ yang memecahkan rekod dunia.

Previous Post

Syamel bangkit dengan balada pilu ‘Berakhir Kita’

Next Post

Aina Abdul, Dayang dan Ernie Terajui 9 Pencalonan AIM24

Next Post

Aina Abdul, Dayang dan Ernie Terajui 9 Pencalonan AIM24

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.