Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Syamel bangkit dengan balada pilu ‘Berakhir Kita’

admin by admin
August 6, 2025
in hiburan
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh:Aliyaa Azmi

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Syamel, kembali mempertaruhkan kekuatan vokalnya menerusi sebuah lagu balada terbaharu berjudul Berakhir Kita, hasil ciptaan Shazriq Azeman dan Omar K yang turut bertindak sebagai penerbit lagu.

Mengangkat tema cinta yang tidak kesampaian, Berakhir Kita menceritakan kisah sebuah hubungan yang terhenti sebelum sempat bermula, menggambarkan rasa kecewa dan peritnya melihat harapan cinta musnah di depan mata.

“Lagu ini mewakili suara mereka yang pernah melalui pengalaman cinta yang tidak kesampaian. Ia penuh emosi dan saya yakin ramai boleh berkait dengan mesej yang disampaikan,” kata Syamel.

Karya ini merupakan kolaborasi antara Universal Music Malaysia, Maison Management dan Global Keynote Sdn. Bhd., menyatukan kreativiti pelbagai pihak dalam menghasilkan sebuah lagu balada yang sarat jiwa dan keikhlasan.

Menurut Syamel, pengalaman bekerjasama dengan Omar K dan Shazriq sangat menyenangkan kerana mereka memberi kebebasan sepenuhnya untuk beliau mengolah lagu mengikut keselesaan vokalnya.

“Mereka sentiasa positif dan terbuka, sekali gus menjadikan proses rakaman lebih mudah dan bermakna,” katanya.

Menariknya, lagu ini turut dilengkapi dengan paparan visual yang akan disatukan bersama sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan, bagi memperkukuh emosi serta jalan cerita lagu.

“Lirik dan melodi lagu ini sangat menyentuh hati, dan bila digabungkan dengan babak-babak dalam drama, saya percaya ia akan memberikan impak yang lebih kuat kepada pendengar,” ujarnya.

Syamel turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan lagu ini, yang disifatkan sebagai lahir daripada semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi.

“Saya harap Berakhir Kita mampu menyentuh hati dan menjadi lagu yang dekat dengan pengalaman hidup pendengar,” katanya penuh harapan.

Previous Post

Aishah Ungkap Kisah Perpisahan dan Harapan dalam Single Terbaharu ‘Taman Keabadian’

Next Post

Taylor Swift Muncul Dengan Album Terbaru ‘The Life Of A Showgirl’ Buat Peminat

Next Post

Taylor Swift Muncul Dengan Album Terbaru ‘The Life Of A Showgirl’ Buat Peminat

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.