Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Cakra Khan Umum Berehat Daripada Konsert di Malaysia, Fokus Cari Lagu Baharu

admin by admin
August 7, 2025
in hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun berturut-turut membuat persembahan di Malaysia, penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, memutuskan untuk berehat seketika daripada mengadakan konsert di negara ini bagi memberi tumpuan terhadap pencarian dan penghasilan lagu baharu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Cakra, 33, atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, sebelum menutup tirai konsert Divine Concert Cakra Khan yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

“Selepas ini saya ambil keputusan untuk berehat dari konsert di Malaysia. Sudah tiga tahun berturut-turut saya buat konsert di sini, dan sekarang saya mahu cari lagu baharu pula,” katanya di atas pentas.

Menurut Cakra, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu menawarkan karya yang lebih segar kepada peminat pada masa akan datang, bukan sekadar mengulangi lagu sedia ada.

“Bila saya kembali nanti, saya harap dapat bawa lagu-lagu baharu agar konsert akan jadi lebih bermakna. Doakan saya,” ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat Malaysia atas sokongan yang tidak pernah putus.

Pada malam penuh emosi itu, penyanyi asal Pangandaran, Jawa Barat ini mempersembahkan sekitar 26 buah lagu, antaranya Mencari Cinta Sejati, Setelah Kau Tiada, Harus Terpisah, dan Kepada Hati.

Sorakan penonton makin gamat apabila Cakra turut menyanyikan lagu ikonik Bunyi Gitar nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, idola beliau sejak kecil.

Konsert berdurasi tiga jam itu turut menampilkan lima penyanyi jemputan iaitu Marsha Milan, Titi DJ, Ade Govinda, Faisal Lubis dan Trio XL, dan diakhiri dengan lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houston yang disampaikan penuh penghayatan.

Previous Post

Kotak & Arda Hatna Bersatu di Zepp KL: Pentas Cinta, Rock dan Emosi 21 Tahun

Next Post

Aishah Ungkap Kisah Perpisahan dan Harapan dalam Single Terbaharu ‘Taman Keabadian’

Next Post

Aishah Ungkap Kisah Perpisahan dan Harapan dalam Single Terbaharu ‘Taman Keabadian’

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.