Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Hafiz Suip Bakal Adakan Konsert Solo Pertama – “Di Sebalik Aku” November ini

admin by admin
July 24, 2025
in hiburan
0
42
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih 15 tahun menghiasi industri muzik tanah air, Hafiz Suip bakal merealisasikan impian ramai peminatnya menerusi penganjuran konsert solo pertama bertajuk Di Sebalik Aku: Hafiz Suip Live in Concert pada 1 November 2025.
 
Konsert yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur itu menjanjikan satu pengalaman penuh emosi dan nostalgia, di mana penyanyi bersuara emas itu akan meluahkan segalanya buat peminat setia yang terus menyokong kerjayanya sejak bergelar juara Akademi Fantasia Musim ke-7.
 
“Di sebalik setiap manusia, pasti ada cerita yang terpendam,” menjadi naratif utama konsert berkenaan yang bukan sahaja bakal menampilkan lagu-lagu hits seperti Awan Nano, Kisah Cinta Kita, dan Bahagiamu Deritaku, malah memberi peluang kepada peminat menyelami sisi peribadi Hafiz yang jarang dikongsi.
 
Sebelum ini, Hafiz sudah memberi bayangan mengenai konsert tersebut menerusi hantaran di media sosial yang ringkas namun penuh makna.
 
Tanpa kapsyen panjang, penyanyi kelahiran Sarawak itu hanya memohon agar urusannya dipermudahkan menjelang tarikh penting itu, sambil menggunakan lagu Kisah Cinta Kita sebagai muzik latar.
 
Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, sama ada ia petunjuk kepada konsert, showcase atau pelancaran lagu baharu.
 
 Namun, ramai yang menyambutnya dengan penuh keterujaan dan tidak sabar untuk menghadiri konsert istimewa itu.
 
Malah, ada yang berseloroh mereka sudah mula menabung demi bertemu secara langsung dengan penyanyi kesayangan mereka di pentas besar.
 
Tiket konsert mula dijual menerusi dua fasa:

Presale SAH: Selasa, 29 Julai 2025 jam 10 pagi
 
Jualan Umum: Selasa, 29 Julai 2025 jam 12 tengah hari menerusi platform Ticketmelon.
 
Dengan kehadiran konsert ini, Hafiz bukan sekadar meraikan pencapaian seni, tetapi juga menyampaikan luahan jiwa buat semua yang pernah menitipkan kenangan bersama lagu-lagunya.Hafiz Suip Bakal Adakan Konsert Solo Pertama – “Di Sebalik Aku” November ini

Selepas lebih 15 tahun menghiasi industri muzik tanah air, Hafiz Suip bakal merealisasikan impian ramai peminatnya menerusi penganjuran konsert solo pertama bertajuk Di Sebalik Aku: Hafiz Suip Live in Concert pada 1 November 2025.

Konsert yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur itu menjanjikan satu pengalaman penuh emosi dan nostalgia, di mana penyanyi bersuara emas itu akan meluahkan segalanya buat peminat setia yang terus menyokong kerjayanya sejak bergelar juara Akademi Fantasia Musim ke-7.

“Di sebalik setiap manusia, pasti ada cerita yang terpendam,” menjadi naratif utama konsert berkenaan yang bukan sahaja bakal menampilkan lagu-lagu hits seperti Awan Nano, Kisah Cinta Kita, dan Bahagiamu Deritaku, malah memberi peluang kepada peminat menyelami sisi peribadi Hafiz yang jarang dikongsi.

Sebelum ini, Hafiz sudah memberi bayangan mengenai konsert tersebut menerusi hantaran di media sosial yang ringkas namun penuh makna.

Tanpa kapsyen panjang, penyanyi kelahiran Sarawak itu hanya memohon agar urusannya dipermudahkan menjelang tarikh penting itu, sambil menggunakan lagu Kisah Cinta Kita sebagai muzik latar.

Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, sama ada ia petunjuk kepada konsert, showcase atau pelancaran lagu baharu.

 Namun, ramai yang menyambutnya dengan penuh keterujaan dan tidak sabar untuk menghadiri konsert istimewa itu.

Malah, ada yang berseloroh mereka sudah mula menabung demi bertemu secara langsung dengan penyanyi kesayangan mereka di pentas besar.

Tiket konsert mula dijual menerusi dua fasa:

  • Presale SAH: Selasa, 29 Julai 2025 jam 10 pagi
  • Jualan Umum: Selasa, 29 Julai 2025 jam 12 tengah hari menerusi platform Ticketmelon.

Dengan kehadiran konsert ini, Hafiz bukan sekadar meraikan pencapaian seni, tetapi juga menyampaikan luahan jiwa buat semua yang pernah menitipkan kenangan bersama lagu-lagunya.

Previous Post

Selamat Jalan Godfather Heavy Metal- Ozzy Osbourne

Next Post

ERA kekal stesen radio nombor satu di Malaysia

Next Post

ERA kekal stesen radio nombor satu di Malaysia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us