Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Maher Zain Kembali Dengan Konsert ‘Spiritual’ Ogos Ini

admin by admin
June 18, 2025
in hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, penulis lagu dan penerbit muzik terkenal, Maher Zain bakal kembali mengubat rindu para peminat di Malaysia menerusi Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025, selepas enam tahun tidak membuat persembahan di tanah air.

Dikenali dengan karya yang menyentuh jiwa dan penuh elemen kerohanian, Maher akan menjayakan konsert di tiga lokasi utama, iaitu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (16 Ogos), The Star Theatre, Singapura (21 Ogos) dan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu (23 Ogos).

Singapura sekali lagi dipilih berikutan sambutan luar biasa yang diterima pada persembahan terdahulu.

Dalam sidang media secara maya dari Turki, Maher menzahirkan penghargaan terhadap sokongan luar biasa rakyat Malaysia sepanjang kerjayanya.

“Malaysia merupakan hub penting dalam kerjaya saya, mungkin lebih signifikan berbanding mana-mana negara lain di dunia.

“Hanya segelintir artis yang boleh menyatakan bahawa sesebuah negara telah memainkan peranan sebesar ini dalam membentuk permulaan kerjaya nyanyian mereka,” katanya.

Dengan lebih 6 juta pendengar bulanan di Spotify dan 8 juta pengikut di Instagram, Maher bakal mempersembahkan lagu-lagu hitnya seperti Insya Allah, Baraka Allahu Lakuma dan Thank You Allah, selain karya baharu termasuk Qalbi Fil Madinah dan Rahmatun Lil’Alameen.

Tiket akan dibuka untuk pra-daftar pada 12 Jun (12 tengah hari hingga 11:59 malam), manakala jualan umum bermula 13 Jun pukul 12 tengah hari.

Harga tiket bermula RM158 (Kuala Lumpur, Sabah) dan SGD78 (Singapura). Konsert ini dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Happymoon dengan kerjasama Awakening Music serta disokong oleh rakan media termasuk ERA, SINAR, ZAYAN, SYOK, Seismik, World of Buzz dan Lobak Merah.

Maher mengharapkan jelajah kali ini akan menyatukan peminat dari pelbagai latar belakang.

“Kepada para peminat yang telah menunggu selama enam tahun, kami kembali untuk anda

“Mari jadikan jelajah ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan,” ujarnya.

Previous Post

ELITE Kembali? Akaun Rasmi IG Diperkenal, Iman Tang Cetus Spekulasi Konsert Reunion

Next Post

Konsert Solo Sulung Hael Husaini di Zepp KL 8 Ogos Depan

Next Post

Konsert Solo Sulung Hael Husaini di Zepp KL 8 Ogos Depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.