Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Cakra Khan Bakal Gegarkan KL & Singapura Menerusi Divine Concert

admin by admin
June 18, 2025
in hiburan
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI popular Indonesia, Cakra Khan bakal tampil dengan konsert solo eksklusif Divine Concert Cakra Khan di dua lokasi berbeza tahun ini.

Konsert pertama akan berlangsung di The Star Theatre, Singapura pada 18 Julai 2025. Persembahan seterusnya dijadualkan pada 2 Ogos 2025 di Plenary Hall, KLCC.

Di Kuala Lumpur, Cakra bakal bergandingan dengan lima artis hebat iaitu Marsha Milan, Ade Govinda, Tiadji, The Triox dan Faizal Lubis.

Konsert ini dianjurkan oleh Shiraz Projects susulan permintaan tinggi peminat yang mahu menyaksikan Cakra secara langsung dengan produksi berskala besar.

Peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu daripada album terbaharu Divine serta seleksi lagu hit Cakra Khan yang pernah menggegarkan industri muzik.

Tiket telah mula dijual sejak 12 Februari lalu menerusi laman web www.sistic.com.sg untuk Singapura dan www.myticket.asia untuk Malaysia.

Harga tiket di Kuala Lumpur bermula RM225 hingga RM1,295, termasuk pakej eksklusif Meet & Greet bersama Cakra Khan.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh emosi dan magik bersama Cakra Khan.

Previous Post

Konsert Solo Sulung Hael Husaini di Zepp KL 8 Ogos Depan

Next Post

BCL Anggap Malaysia Rumah Kedua, Hadiahkan Konsert ‘Eternal Love’ Buat Peminat

Next Post

BCL Anggap Malaysia Rumah Kedua, Hadiahkan Konsert 'Eternal Love' Buat Peminat

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.