Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Era FM Tidak Kena Kompaun Tapi Maestra – Fahmi Jelaskan Kekeliruan

admin by admin
March 13, 2025
in Wawancara
0
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tampil menjelaskan stesen radio Era FM tidak dikenakan sebarang kompaun, namun sebaliknya syarikat Maestra Broadcast Network Systems Sdn Bhd. (MBNS) yang merupakan pemegang lesen di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Fahmi berkata, MBNS bukan individu tetapi sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan substantif.

“Kompaun RM250,000 MBNS diberi izin TPR (Timbalan Pendakwa Raya) antara lain berpandukan perkara-perkara di atas, dan kerana pindaan Akta 588 telah berkuatkuasa sejak 11 Februari di mana denda mahkamah maksimum telah naik ke RM500,000 ,” ujarnya dalam satu hantaran di laman X pada Selasa.

“Kompaun RM250,000 MBNS diberi izin TPR (Timbalan Pendakwa Raya) antara lain berpandukan perkara-perkara di atas, dan kerana pindaan Akta 588 telah berkuatkuasa sejak 11 Februari di mana denda mahkamah maksimum telah naik ke RM500,000 ,” ujarnya dalam satu hantaran di laman X pada Selasa.

Jelasnya lagi, berhubung kes pelawak iaitu Harith Iskander dan Cecelia Yap pula, mereka dikenakan kompaun masing-masing iaitu RM10,000 bagi kesalahan yang sama.

Bagaimanapun katanya, jumlah berkenaan adalah lebih rendah kerana kesalahan yang mereka lakukan adalah sebelum pindaan akta pada 11 Februari lalu yang memperuntukkan denda maksimum adalah RM50,000 jika di sabit di mahkamah.

Beliau berkata demikian, ketika menjawab persoalan pengguna akaun di laman X berhubung mengapa Harith Iskander dan Cecelia Yap yang turut memuat naik kandungan yang bersifat jelik sehingga ia melibatkan agama Islam sekadar dikenakan kompoun RM10,000 dan bukannya sepertimana Era FM dikenakan kompaun sebanyak RM250,000.

Sebelum ini, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak menggantung lesen MBNS namun pengendali stesen radio Era FM iaitu dikenakan kompaun RM250,000.

Pada perkembangan sama, Fahmi turut memaklumkan tiada tindakan lanjut akan dikenakan terhadap pengacara Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin, John Louis Jeffri, dan Radin Amir Affendy.

Tambahnya, di bawah bidang kuasa kementeriannya, perkara tersebut kini dianggap sudah selesai.

Previous Post

Anta Permana jadi ‘playlist’ pilihan Raja Charles III

Next Post

‘Raya Nak Ke Mana?’ Lagu Baru Siti Nurhaliza Cecah 100,000 Tontonan Dalam Sehari

Next Post

‘Raya Nak Ke Mana?’ Lagu Baru Siti Nurhaliza Cecah 100,000 Tontonan Dalam Sehari

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.