Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Untuk Semua Jiwa bukti gabungan mantap Noki, Hun Haqeem

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 14, 2025
in Berita
1
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT rakaman terkemuka, Sony Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan single terbaharu berjudul “Untuk Semua Jiwa”, sebuah kolaborasi epik diantara pelakon tampan berbakat, Hun Haqeem dan bintang hip hop, Noki K-Clique.

Lagu hasil ciptaan komposer muda, Raiden Koh ini menjadi runut bunyi (OST) untuk filem yang dinanti-nantikan berjudul, Soloz Game of Life.

Bercerita mengenai filem tersebut, ia mengisahkan tentang perjalanan pemain e-sports Mobile Legends sekaligus mengangkat tema perjuangan, persahabatan dan juga keazaman bakal ditayangkan mulai 23 Januari 2025 nanti.

Secara tidak langsung, lagu Untuk Semua Jiwa yang diinspirasikan daripada naratif filem ini menggambarkan perjalanan hidup yang penuh cabaran serta perjuangan untuk menjadi juara dalam kehidupan, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk semua.

Baca juga: Amir Hasan pikat hati peminat dengan ‘Pelangi’

Menurut Hun Haqeem, Untuk Semua Jiwa menjadi medium dalam menyampaikan emosi dan ceritanya kepada para peminat.

“Lagu ini menggambarkan cerita ‘Soloz Game of Life’ dengan sangat baik. Ia bukan sekadar tentang menjadi juara berseorangan, tetapi juara untuk semua yang merupakan satu mesej penting dalam kehidupan,” ujarnya.

Baca juga: Karya Nuri Terbang Malam ‘dihidupkan’ semula – M.Nasir

Manakala, Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 30, berkata, inspirasi lagu tersebut datang daripada pengalaman hdiupnya sendiri serta watak yang dibawa dalam filem berkenaan.

“Lagu ini lebih kepada memberi semangat pada anak anak muda kita sekarang dan lirik lagu ini sarat dengan mesej positif dan motivasi yang mencerminkan tema penting dalam filem tersebut,” katanya sambil tersenyum.

Untuk info, Untuk Semua Jiwa kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify dan YouTube Music.

Manakala video muzik (MV) rasmi untuk lagu ini yang menampilkan visual mendalam dan sejajar dengan tema filem “Soloz Game of Life” boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube sonymusicMYVEVO. — Arena Muzik

Previous Post

Amir Hasan pikat hati peminat dengan ‘Pelangi’

Next Post

Lebih 3,000 peminat berdansa bersama Boney M

Next Post

Lebih 3,000 peminat berdansa bersama Boney M

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.