Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Amir Hasan pikat hati peminat dengan ‘Pelangi’

Arena Muzik by Arena Muzik
January 13, 2025
in Berita
1
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

UNGKAPAN ‘tidak lekang dek hujan’ amat sesuai diberikan kepada bintang hip hop yang semakin meningkat naik, Amir Hasan dengan peluncuran single terbarunya berjudul ‘Pelangi’.

Jejaka tampan ini menjadi perhatian ramai apabila lagunya dipilih sebagai OST bagi drama bersiri slot Lestary TV3, ‘Cikgu Diva’.

Amir Hasan sebelum ini mengeluarkan lagu ‘Manis’ yang mendapat sambutan memberangsangkan.

Baca juga: Karya Nuri Terbang Malam ‘dihidupkan’ semula – M.Nasir

Inspirasi tersebut mendorongnya untuk menghadirkan ‘Pelangi’ sebagai santapan kedua buat peminat.

“Dengan ‘Pelangi’, saya cuba menggambarkan perjalanan emosi yang santai namun bermakna,” kata Amir.

Baca juga: Permintaan tinggi, Konsert GENKRU tambah sehari lagi

Dia berkata, lagu ‘Pelangi’ siap sepenuhnya pada awal tahun 2024, namun pasukan kreatif mengambil masa tambahan untuk mengubahsuai lirik dan melodi selaras dengan produksi ‘Cikgu Diva’.

“Lagu ini menggambarkan kisah cinta remaja yang penuh keindahan dan makna.

“Sebagai permulaan baharu buat saya pada tahun 2025, saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada pendengar untuk menghargai momen-momen indah dalam hidup mereka,” ujarnya lagi.

‘Pelangi’ sudah tersedia untuk dimuat turun di iTunes, dijadikan nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan, dan dilancarkan di semua platform penstriman seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Previous Post

Karya Nuri Terbang Malam ‘dihidupkan’ semula – M.Nasir

Next Post

Untuk Semua Jiwa bukti gabungan mantap Noki, Hun Haqeem

Next Post

Untuk Semua Jiwa bukti gabungan mantap Noki, Hun Haqeem

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.