Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Trio ‘Terhangat Di Pasaran’ bakal temui peminat menerusi Konsert GENKRU, 3 Mei 2025!

Arena Muzik by Arena Muzik
December 17, 2024
in Berita
1
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Hanim Nadia

TRIO yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, KRU, bakal mengadakan sebuah konsert yang boleh mengubati rindu peminat mereka iaitu Konsert GENKRU pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert anjuran Icon Entertainment itu sekaligus mengembalikan semula nostalgia dan fenomena ‘Terhangat Di Pasaran’.

Pengasasnya, Iman Tang, meluahkan rasa teruja kerana dapat membawa KRU kembali menakluk semua peminat daripada pelbagai generasi.

“Konsert ini adalah penghormatan kepada sejarah dan pengaruh KRU dalam membentuk landskap muzik tempatan. Jangan lepaskan peluang ini kerana ia akan menjadi pengalaman yang sukar diulangi.

“Saya mula ‘merisik’ KRU dari 1 November 2022 lagi untuk merealisasikan konsert mega ini dan akhirnya ‘pinangan’ diterima pada September 2024,” katanya.

Dalam masa yang sama, KRU turut menyambut baik penganjuran Konsert GENKRU dan mempercayai kebolehan Iman selaku penganjur.

Baca juga: Pemain piano Pirates of the Caribbean bakal gegarkan KL tahun depan

Baca juga: Kilafairy bakal kongsi satu pentas dengan Udit Narayan Disember ini

Selain itu, Datuk Norman Abdul Halim berkata, kira-kira lima promoter cuba menghubunginya untuk menganjurkan konsert mega mereka, namun akhirnya KRU memilih Icon Entertainment.

“Satu hal bagus pasal Iman, dia ada latar belakang kreatif dan kesungguhan terhadap muzik untuk berikan yang terbaik kepada penonton. Saya rasa dia pun jaga nama dia.

“Kami pun semestinya nak jaga legasi dan nama KRU. Memang padanan yang tepatlah. Kami takkan kecewakan siapa-siapa. Sebelum ini pun kami sentiasa bereksperimen perkara baharu dan yakin dengan kepakaran kami ada.

“Bukan hanya sebagai penyanyi mahupun penghibur. Kami sudah buat persiapan dan pengorbanan untuk latihan, kecergasan, demi pastikan dapat beri persembahan paling baik,” katanya ditemui ketika Sidang Media Pengumuman Konsert GENKRU semalam.

Manakala, bagi KRU, konsert tersebut merupakan peluang bagi mereka untuk mengimbau semula perjalanan seni luar biasa sejak era90-an hingga kini.

Untuk pembelian tiket boleh didapati mulai 20 Disember ini pada hari Jumaat pukul 11 pagi.

Harga tiket bermula dari kategori OOH!LA!LA (RM258) hingga FANATIK (RM588) dan pembelian boleh dilakukan di laman web rasmi www.ticket2u.com.my/kru. — Arena Muzik

Previous Post

Pemain piano Pirates of the Caribbean bakal gegarkan KL tahun depan

Next Post

Irama retro Masdo kuasai tangga teratas Spotify Wrapped 2024

Next Post

Irama retro Masdo kuasai tangga teratas Spotify Wrapped 2024

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.