PEMAIN piano virtuoso, Maksim Mrvica, bakal bertemu peminat Malaysia sempena Jelajah Dunia Segmenti ke Kuala Lumpur pada 12 Februari 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Siri jelajah dunia itu dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment membawakan pemain piano ‘classical crossover’ itu akan membawakan repertoir gubahan asal dan variasi daripada album terbaharunya, “Segmenti” yang menampilkan hit popular ABBA dan Queen, serta karya agung klasik yang abadi dari Chopin, Prokofiev dan Tchaikovsky.
Karya terkenal pemain piano yang berasal dari Šibenik di Croatia itu termasuk “Croatian Rhapsody”, di samping rendisi “Flight of the Bumblebee” serta tema daripada “Pirates
of the Caribbean”, “Game of Thrones” dan “Mission Impossible”.
Di sebalik karya luar biasa yang dicipta, Maksim mula mempelajari piano ketika beumur sembilan tahun dan malangnya, perang tercetus ketika zaman remajanya.
Baca juga: Kilafairy bakal kongsi satu pentas dengan Udit Narayan Disember ini
Walaupun begitu, Maksim tetap mempelajari instrumen itu dan dilatih secara klasik di Akademi Muzik Zagreb, Akademi Muzik Franz Liszt di Budapest, Hungary dan Konservatori Rusia Alexander Scriabin di Paris, Perancis.
Menerusi karya-karyanya, dia berjaya melonjak ke arah peringkat yang lebih tinggi dan menjadi popular, sedangkan perkara tersebut jarang berlaku bagi seseorang pemain piano.
Baca juga: Stacy suntik erti ketenangan lewat lagu ‘Menyala’
Untuk rekod, Maksim mampu mencecah 16 nota dalam sesaat ketika bermain piano.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menonton persembahan alunan muzik menerusi karya Maksim dan tiket boleh didapati di www.ticketingtix.com pada harga RM888 (VIP), RM688 (CAT 1), RM488 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) mulai 12 Disember 2024.
Selain itu, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut.
JUMPA ANDA SEMUA DI SANA! — Arena Muzik