Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Stacy suntik erti ketenangan lewat lagu ‘Menyala’

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 6, 2024
in Berita
1
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEMUNCULAN bintang kelahiran negeri di bawah bayu, Stacy Anam, dengan single terbaharu berjudul, Menyala mencuri perhatian pencinta muzik tanah air.

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, menyifatkan lagu tersebut sebagai sebuah lagi karya hebat nukilan pasangan penulis dan pencipta lagu, Bunga Cantik serta Hang Nadim.

“Kerjasama di antara Bunga Cantik dan Hang Nadim dalam menghasilkan lirik lagu Menyala tidak mengambil masa yang lama.

“Masing-masing memahami tujuan dan isi lagu. Inspirasi untuk menghasilkan lagu ini lebih kepada kreativiti yang terinspirasi dari kesungguhan dan imajinasi bentuk persembahan secara langsung,” katanya sambil tersenyum lebar.

Baca juga: ‘Terpikat’ buah tangan baharu MissAlvy

Baca juga: Festival of Drums and Percussion kumpul pemuzik terbaik, gegar UiTM Shah Alam

Tambah Stacy, susunan muzik lagu Menyala membuat melodi dan lirik lagunya lebih hidup seiring dengan konsep dan nuansa lagu.

“Manakala liriknya pula diisi mengikut mood lagu iaitu dengan mencari titik tengah dalam meniti kehidupan dan juga meresap ketenangan, tidak kira dalam susunan muzik yang santai mahu pun ke susunan muzik yang lebih keras.

“Lirik lagunya pula lebih kepada mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa beringat dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu hal,” jelasnya lancar.

Untuk makluman, Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital bermula 8 November 2024 yang lalu., manakala muzik video boleh ditonton sejak semalam.

Terdahulu, Stacy pernah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti nyanyian nombor satu Malaysia iaitu Akademi Fantasia Musim ke-6 pada tahun 2008. — Arena Muzik

Previous Post

‘Terpikat’ buah tangan baharu MissAlvy

Next Post

Kini Najwa Latif jadi pensyarah UiTM Dengkil!

Next Post

Kini Najwa Latif jadi pensyarah UiTM Dengkil!

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.