Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

‘Terpikat’ buah tangan baharu MissAlvy

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 5, 2024
in Berita
1
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEBRITI yang berbakat dalam bidang lakonan kini memilih untuk terjun ke bidang nyanyian, MissAlvy, tampil dengan single sulung berjudul Terpikat.

Single yang diluncurkan itu terhasil daripada ciptaan barisan komposer muda seperti Nuha Nik, Fahimi Rahmat dan Brendonse7an sekaligus diterbitkan oleh label hiburan terkemuka, Rocketfuel Entertainment.

Alvynna Joanna Joseph atau lebih mesra dipanggil MissAlvy, menyifatkan peluncuran single tersebut umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

“Umpama mimpi menjadi kenyataan, saya tidak menyangka akan menjadi penyanyi satu hari nanti!

“Walaupun saya bermula sebagai seorang ‘influencer’ dan pelakon, muzik sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak kecil lagi. Oleh kerana itu, saya tekad untuk mengejar impian untuk bergelar penyanyi,” ujarnya sambil tersenyum kecil.

Baca juga: Festival of Drums and Percussion kumpul pemuzik terbaik, gegar UiTM Shah Alam

Tercetusnya idea untuk lagu Terpikat bermula dengan perasaan yang timbul kerana seseorang yang disukai olehnya.

Lagu tersebut menceritakan tentang perasaan menyukai seseorang yang timbul secara tiba-tiba dan keterujaan apabila tertarik kepada seseorang, dalam masa yang sama takut hendak mengambil langkah yang seterusnya.

Lebih istimewanya, nuansa pop digabungkan dengan elemen fun dan playful bersama suntikan muzik EDM (electronic dance music) dalam lagu tersebut sekaligus boleh menarik pendengar muda masa kini.

Baca juga: A Night With Sumandak Sabah: 9 artis kelahiran Sabah gabung satu pentas

Walaupun perjalanan seni MissAlvy baharu sahaja bermula, dia tetap komited memberikan yang terbaik dalam setiap karya yang dihasilkan.

Lagu Terpikat kini sudah boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman utama seperti KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala, muzik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Untuk info, MissAlvy pernah melakonkan watak Siew May, salah satu watak utama dalam drama bersiri “Kelas Tahanan Cikgu Hiragi” terbitan Astro yang sedang meledak di serata Asia Tenggara. — Arena Muzik

Previous Post

Festival of Drums and Percussion kumpul pemuzik terbaik, gegar UiTM Shah Alam

Next Post

Stacy suntik erti ketenangan lewat lagu ‘Menyala’

Next Post

Stacy suntik erti ketenangan lewat lagu 'Menyala'

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.