Oleh: Haikal Tajuddin
MENGIMBAU zaman kegemilangan kumpulan KRU suatu ketika dahulu, kini kembali berani menampilkan diri dengan single pertama yang berjudul, Voodoo, diyakini mampu menjentik hati pendengar-pendengar muzik.
Kumpulan muzik yang dianggotai oleh tiga beradik (Norman, Yusry dan Edry) ini, mengklasifikasikan single tersebut sebagai ciptaan khas, selaras dengan kecanggihan industri penerbitan muzik tanah air.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh kumpulan KRU, lagu itu turut merupakan gambaran ‘prequel’ fiksyen pertama dalam kerjaya mereka sejak awal tahun 90-an sebelum pelancaran album pertama KRU pada tahun 1992.
“Lagu “Voodoo” mengisahkan keterujaan, kekeliruan dan perasaan seorang lelaki yang terperangkap dalam tarikan mempesona seseorang wanita yang luar biasa.
“Voodoo amat istimewa bagi kami bukan saja sebagai lagu baru selepas 6 tahun bertapa, ianya juga membuka lembaran baru industri muzik tempatan bagi penerbitan video muzik sejajar dengan perkembangan teknologi buatan (Al),” jelasnya.
Selaras dengan kenyataan tersebut, KRU akui mereka sebagai artis tempatan pertama yang menggunakan AI dengan mencipta kembar digital mereka dalam video muzik.
Hal ini jelas menunjukkan kumpulannya memperlihatkan inovasi kreatif yang sememangnya akan mengindetitikan KRU sebagai ‘trendsetter’ dalam industri ini.
“Semoga lagu ini mendapat tempat di kalangan peminat muzik masa kini dan menjadi salah satu tarikan untuk peminat membuat reunion bersama kami di konsert Kaset yang akan berlangsung pada tahun akan datang,” ujar KRU.
Sebelum ini, KRU pernah terkenal dengan lahu hit seperti Terhangat Di Pasaran, Wanita, Jangan Lafazkan dan banyak lagi. — Arena Muzik