Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Yuna bakal serikan Konsert Jiwa: Epilog 2024

Kamilia Ali by Kamilia Ali
November 26, 2024
in Berita
2
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS membina nama dan jenama yang kuat melalui Konsert Jiwa Kacau dan Jiwa Malaysia, pihak penganjur MND Sport & Events muncul pula dengan sebuah konsert yang dinamakan Konsert Jiwa: Epilog 2024.

Konsert tersebut akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Disember depan bakal menampilkan barisan artis terkemuka dari Indonesia dan Malaysia yang dekat di hati peminat muzik.

Antaranya adalah Fabio Asher yang terkenal dengan lagu Rumah Singgah, serta Kumpulan Spider dan 6ixth Sense juga akan muncul pada konsert tersebut.

Lebih istimewa lagi, Konsert Jiwa: Epilog 2024 akan diserikan dengan kemunculan Yuna bersama dengan ahli muziknya (band) dan bakal mempersembahkan lagu-lagu kegemaran ramai sekali gus menjadikan malam 7 Disember itu sebuah malam yang penuh jiwa.

Baca juga: Hael Husaini, Nadeera tercalon dalam 29th Asian Television Award

Sementara itu, konsert yang akan berlangsung selama tiga jam itu sudah mendapat sambutan yang mengalakkan dari segi jualan. Ternyata 80 peratus tiket sudah terjual sejak tiket mula dijual pada 25 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Events, Harith Daniel, menzahirkan ucapan terima kasih buat peminat yang setia mengikuti perkembangan konsert-konsert yang dianjurkan oleh pihaknya.

Baca juga: M.Nasir terima Ijazah Kehormat Konvokesyen UPSI 2024

“Kami sangat berterima kasih dengan para peminat konsert Malaysia terutama mereka yang setia dengan konsert-konsert yang dianjurkan oleh pihak MND Sport & Events. Sejak jenama Jiwa Kacau hinggalah ke Jiwa Malaysia dan kini Konsert Jiwa: Epiloq 2024, kami sentiasa mendapat sambutan, malah mendapat komentar-komentar yang baik untuk penambahbaikan konsert- konsert yang kami adakan. 

“Oleh itu, kami muncul dengan Konsert Jiwa: Epilog 2024 yang memberikan anda gabungan persembahan dari penyanyi dan kumpulan yang  kami rasakan mempunyai katalog lagu-lagu yang cukup berjiwa dan menyentuh perasaan peminat yang hadir kelak,” ujarnya.

Untuk makluman, pembelian tiket sudah dibuka sejak 25 September lalu dengan harga  RM148 (berdiri), RM 148 CAT 1 (Free Seating), RM 118.00 CAT 2 (Free Seating), RM 88.00 CAT 3 (Free Seating)  dan RM 188.00 VIP (Free Seating).

Maka, para peminat jangan lepaskan peluang dan masih boleh mendapatkan tiket-tiket di laman web https://www.ilassotickets.com/. Jumpa anda di sana! — Arena Muzik

Previous Post

Hael Husaini, Nadeera tercalon dalam 29th Asian Television Award

Next Post

PUJANGGA jadi puisi hati Hazama

Next Post

PUJANGGA jadi puisi hati Hazama

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.