Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Hael Husaini, Nadeera tercalon dalam 29th Asian Television Award

Kamilia Ali by Kamilia Ali
November 25, 2024
in Berita
2
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

DUA bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, iaitu Nadeera Zaini dan Hael Husaini bakal diterbangkan ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara gemilang 29th Asian Television Award (ATA29) yang akan berlangsung pada 29 dan 30 November ini.

Acara yang berprestij ini akan menyaksikan Nadeera dan Hael beraksi di pentas ATA29 selaku satu-satunya wakil artis perempuan dan lelaki dari Malaysia.

Selain membuat persembahan di anugerah terkemuka di Asia ini, mereka juga tercalon dalam kategori ‘Most Popular Solo Male Popular : Hael Husaini’ dan Most Popular Solo Female Performer : Nadeera di Asia Television Awards kali ini.

Sebuah penghormatan buat kedua-dua bintang tanah air kita membuat persembahan di persada antarabangsa yang bakal disaksikan secara langsung oleh negara-negara besar Asia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, Hong Kong dan juga Sri Lanka.

Baca juga: Arijit Singh buat 10,000 peminat ‘berdansa’ di Axiata Arena

Di antara nama-nama besar industri hiburan dari rantau Asia yang terlibat adalah Luna Maya, Raffi Ahmad, Lesti Kejora, Putri Ariani dan ramai lagi.

Saksikan perkembangan lanjut mengenai Hael Husaini dan Nadeera menerusi platform digital Rocketfuel Entertainment.

Untuk perkembangan lain, Nadeera dan Hael telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan berprestij dalam industri muzik Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39). 

Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 37, yang merupakan calon berpengalaman dalam AJL sebelum ini, turut berkongsi perasaan gembiranya.

Baca juga: Jenazah maestro muzik negara, Ahmad Nawab selamat dikebumikan

“Terima kasih kepada para juri yang memilih lagu ‘Diam’. Dua karya saya terpilih untuk AJL39 dan saya benar-benar bersyukur. Tiada kata-kata yang mampu saya ungkapkan, hanya perasaan penuh terima kasih,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Manakala, Nadeera, setelah lebih sedekad menanti peluang untuk tampil di pentas AJL, impian Nadeera akhirnya tercapai apabila namanya diumumkan sebagai finalis melalui lagu hitnya, “Bukan Lagi Kita”, ciptaan Hael Husaini dan komposer Iqie Hugh.

“Akhirnya, tahun ini, rezeki menyebelahi saya dan saya dipilih untuk bertanding dengan lagu saya sendiri.

“Saya tidak mahu meletakkan apa-apa harapan. Sudah pasti semua yang bertanding mempunyai impian untuk menang. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Dapat melayakkan diri ke AJL39 pun saya sudah bersyukur. Jadi, saya tidak kisah sama ada menang atau kalah,” katanya sambil tersenyum. — Arena Muzik

Previous Post

Jenazah maestro muzik negara, Ahmad Nawab selamat dikebumikan

Next Post

Yuna bakal serikan Konsert Jiwa: Epilog 2024

Next Post

Yuna bakal serikan Konsert Jiwa: Epilog 2024

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.