Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Arijit Singh buat 10,000 peminat ‘berdansa’ di Axiata Arena

Kamilia Ali by Kamilia Ali
November 18, 2024
in Berita
1
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

CASTLE Group mempersembahkan konsert Arijit Singh Live in Malaysia yang mencipta sejarah konsert Bollywood terbesar di Malaysia, dianjurkan oleh syarikat pengelola acara, Hitman Solutions bersama-sama syarikat penganjur konsert dari Australia, Cinestar Events yang berjaya menghiburkan hampir 10,000 penonton di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu.

Konsert yang berlangsung lebih 3 jam bersama penyanyi Bollywood bersuara emas kesayangan ramai, Arijit memberikan persembahan yang mantap dan penuh emosi yang memberikan pengalaman muzik Bollywood kepada peminat di Malaysia.

Dengan vokal yang menggamit perasaan, Arijit membawakan hampir 50 buah lagu ikoniknya seperti Janam Janam (Dilwale), Ae Dil Hai Mushkil, Tum Hi Ho (Aashiqui 2), Bekhayali (Kabir Singh), Kesariya (Brahmastra), Chaleya (Jawan) dan banyak lagi.

Baca juga: Boney M bawa keajaiban disko ke Malaysia tahun depan

Momen istimewa ini bukan sahaja menyatukan peminat dari Malaysia dan rantau Asia tetapi ia berjaya merentasi sempadan,dengan Arijit terus mendapat pengiktirafan global, termasuk memegang gelaran artis lelaki dengan pengikut paling ramai di Spotify, mengatasi nama-nama besar seperti Taylor Swift dan Ed Sheeran.

Kepulangan penyanyi berusia 37 tahun itu ke Malaysia sangat dinantikan oleh semua peminat Bollywood, memandangkan kali terakhir beliau membuat persembahan adalah kira-kira 10 tahun lalu pada 2014 di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre.

Bukan itu sahaja, konsert ini juga mempersembahkan sebuah pengalaman visual dan audio yang sangat memukau.

Baca juga: Tegap Berdiri serlah sisi ‘fighter’ Aizat Amdan

Daripada lagu-lagu klasik Bollywood sehingga ke hit terkini daripada filem Dilwale, Brahmastra, dan Jawan, Arijit membawa setiap peminatnya dalam sebuah perjalanan muzik yang penuh perasaan.

Sementara itu, kejayaan konsert ini juga tidak akan berlaku tanpa sokongan dari pihak penaja – Powered By Sponsor (XRealty Australia), Co-Powered by (Experience India – Kashi Tours), Platinum Sponsor (Edu-Key), Official F&B Partner (Namaste India), Official Airline Partner (Malaysia Airlines), Official Hotel Partner (Imperial Lexis Kuala Lumpur), Official Radio Partners (Raaga FM & Gegar FM), Official Media Partners (World Of Buzz, Lobak Merah, and Varnam Malaysia), Supported By (Milestone Entertainment), and Official Transport Partner (D’Mart Travel & Tours).

Sebelum ini, konsert “Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia” di Malaysia dan Singapura, serta konsert “NE-YO: Live in Malaysia” baru-baru ini, menunjukkan betapa komitmen Hitman Solutions dalam memberikan hiburan yang terbaik. — Arena Muzik

Previous Post

Boney M bawa keajaiban disko ke Malaysia tahun depan

Next Post

Gitaris Spider meninggal dunia

Next Post

Gitaris Spider meninggal dunia

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.