Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Tegap Berdiri serlah sisi ‘fighter’ Aizat Amdan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
November 14, 2024
in Berita
1
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, Aizat Amdan kembali dengan single berjudul ‘Tegap Berdiri’ hasil ciptaannya sendiri bersama Mel Ramlan dan Izzy Musa, terbitan Kasi Gegar Entertainment (KGE).

Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan, 35, mempunyai alasan tersendiri untuk melahirkan sesuatu karya yang lebih memberi impak kepada pendengar muzik.

“Saya kurang gemar dengan ‘rilisan’ lagu yang bertubi-tubi, dan lebih rela mengambil masa merangka apakah langkah seterusnya dalam kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Sebagai contoh, saya menghadkan kepada penghasilan 5 buah lagu sahaja dalam setahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga: Siti Nurhaliza dinobat sebagai Biduanita Negara

Dalam pada itu, Aizat berkongsi tentang bagaimana tercetusnya idea untuk lagu Teguh Berdiri yang berasal dari minatnya terhadap sukan Muay Thai yang diluahkannya ketika sesi rakaman.

“Uniknya lagu ini lahir secara tidak sengaja ketika saya mengendalikan sesi podcast bersama Mel dan abang saya, Amar. Ketika itu, kami berbincang tentang hal-hal semasa, tentang zaman kegemilangan sukan bola sepak negra di sekitar tahun 1998, terdetik di hati, sekalipun kalah ‘di akhir nanti kau masih tegap berdiri’ yang menjadi bait-bait lirik lagu saya.

Baca juga: Exists, Masdo bangkit aura nostalgia

“Mesej lagu ini tentang perjuangan, ada kalanya menang dan ada kalanya kalah dalam hidup, sudah menjadi lumrah kehidupan di mana ada pasang surutnya, kadangkala naik dan turun, namun apa yang penting, kehidupan perlu diteruskan dengan minda yang positif,” ujarnya lagi.

Aizat turut berkongsi singlenya kali ini, dia bawakan genre pop dengan pengaruh muzik ‘City Pop’ yang pernah menjadi fenomena disekitar tahun 80-an di Jepun.

“Saya olahkannya dalam versi sendiri dengan melodi masakini, lalu saya gelarkannya ‘KL-City Pop’. Video Muzik (MV) turut dihasilkan bersamaan dengan single ini yang mengisahkan perjalanan saya ketika mula-mula menceburi sukan Muay Thai, dari latihan yang ‘biasa-biasa’ sehinggalah ‘fight’ saya yang pertama,” jelas Aizat.

Menariknya, lagu Tegap Berdiri boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan Youtube Music. — Arena Muzik

Previous Post

Siti Nurhaliza dinobat sebagai Biduanita Negara

Next Post

Boney M bawa keajaiban disko ke Malaysia tahun depan

Next Post

Boney M bawa keajaiban disko ke Malaysia tahun depan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.