PENYANYI yang mahir berbahasa Melayu dan Tamil, Zubir Khan, dengan bangganya meluncurkan lagu terbaharu yang berjudul, Deepavali Sudah Mari, pada 26 Oktober 2024 (Sabtu).
Karya baharunya itu dianggap sebuah lagu yang penuh semangat dan keceriaan, khusus dicipta untuk menyambut perayaan Deepavali.
Selain itu, dengan melodi yang memukau dan lirik yang penuh makna, lagu ini menggabungkan elemen tradisional dan moden sekali gus menjadikannya satu karya unik yang menggambarkan keindahan serta kemeriahan perayaan cahaya.
Zubir atau nama sebenar Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, lagu tersebut mempunyai makna yang mendalam buatnya secara tidak langsung ia melambangkan kegembiraan dan kebahagiaan ketika menyambut perayaan bersama yang tersayang.
Baca juga: Sentuhan jiwa Zubir Khan menerusi Unik
“Lagu ini sangat dekat di hati saya kerana ia membawa makna yang mendalam tentang perpaduan dan kebahagiaan dalam kepelbagaian.
“Deepavali bukan hanya tentang cahaya, tetapi juga tentang cinta, harapan, dan bersama-sama mengharungi cabaran hidup,” ujar Zubir sambil tersenyum.
Menariknya, lagu ini juga menggabungkan bahasa Melayu dan Tamil, mencerminkan kekayaan budaya dan identiti pelbagai kaum di Malaysia.
Baca juga: Megastar Arena jadi ruang ‘teristimewa’ Raisa 3 November depan
Lagu Deepavali Sudah Mari yang diiringi dengan alunan rentak yang segar dan ceria, lagu ini dijangka akan menjadi lagu tema perayaan Deepavali pada tahun ini.
Untuk info, selain lagu, video muzik lagu ini akan tersedia di YouTube pada tarikh tersebut, dan lagu “Deepavali Sudah Mari” akan turut boleh didapati di pelbagai platform muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan iTunes.
Sebelum ini, Zubir telah meluncurkan lagu Unik pada 30 September lalu dan pernah bekerjasama dengan Ezra Kairo meluncurkan lagu berjudul OMK (Oh My Khadale) pada 17 Mei lalu. — Arena Muzik