Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ella, Macklemore bakal gegar festival MotoGP

Arena Muzik by Arena Muzik
October 3, 2024
in Berita
1
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

RATU Rock Malaysia, Ella, tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan ‘AFTER RACE FEST’ dibawah anjuran Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP), 3 November nanti.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan oleh MotoGP, persembahan tersebut bersempena dengan ulang tahun ke-25 Petronas Sepang International Circuit (SIC) yang bakal berlangsung pada pukul 4 petang sehingga 12 malam.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 58, akan mempersembahkan lagu kebangsaan, Negaraku sebagai pembuka kepada persembahan tersebut.

Baca juga: JoBranko Duta Rasmi Music Bliss

Menariknya, pelantun lagu Retak itu akan berkongsi pentas bersama artis antarabangsa seperti Smash Mouth dan Macklemore serta barisan artis Malaysia dan Indonesia bagi memeriahkan lagi festival tersebut.

“Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGP kelak.

Baca juga: Afgan, Lyodra berjaya jentik emosi galau peminat

“Selepas itu, saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain. Jadi, jangan lupa untuk temui saya di After Race Fest nanti,” ujar Ella.

Pengarah Urusan HiFive Entertainment, Sean Pereira berkata, terdapat juga acara lain yang turut diadakan seperti pertunjukkan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sangat berjaya.

“Oleh hal demikian, kami dari HiFive Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP,” jelasnya.

Sebagai info, AFTER RACE FEST bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu Helipad, Petronas Sepang International Circuit pada 3 November 2024 dan tiket boleh didapati dengan harga RM550 dengan menggunakan promo code PayLater by GRAB. — Arena Muzik

Previous Post

JoBranko Duta Rasmi Music Bliss

Next Post

‘Sebagai seorang penganjur, dia perlu lebih prpfesional’ – JoBranko

Next Post

'Sebagai seorang penganjur, dia perlu lebih prpfesional' - JoBranko

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.