Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

DIAM: Hael dinobatkan sebagai Lagu Tema Terbaik

Arena Muzik by Arena Muzik
October 1, 2024
in Berita
2
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

PENYANYI yang tidak asing mencipta nama dalam industri, Hael Husaini, baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Lagu Tema Terbaik (Malaysia) dan menerima anugerah di Asian Academy Creative Award 2024 pada 30 September 2024 (Isnin).

Lagu ‘Diam’ hasil ciptaan Hael Husaini bersama Iqie Hugh telah menempatkan diri sebagai pemenang bagi mewakili Malaysia dalam kategori berprestij tinggi.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini berkata, lagu ‘Diam’ merupakan sebuah lagu yang terkandung di dalam album sulungnya iaitu Antonim Part I berjaya meraih lebih 2.1 juta tontonan di saluran Youtube.

“Saya benar-benar tidak menyangka bahawa lagu ‘Diam’ akan terpilih dan memenangi anugerah ini dan sangat bersyukur kerana hasil kerja keras saya bersama Iqie Hugh diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Baca juga: Afgan, Lyodra berjaya jentik emosi galau peminat

“Kemenangan ini bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk seluruh pasukan yang terlibat dalam penghasilan lagu ini,” jelas Hael.

Pelantun lagu Jampi itu turut berkata, kemenangan itu juga bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, malah dapat membuktikan kualiti tinggi hasil karya seni tempatan yang mampu bersaing di persada global.

Baca juga: Govinda nafi Ernie Zakri ‘tumpang’ populariti

Tidak ketinggalan, artis dibawah naungan Rocketfuel Entertainment, Aiman Ameer, turut mencipta nama dan sejarah apabila turut menerima anugerah dalam kategori ‘Best Infotainment Programme’ di Asian Academy Creative Awards 2024.

Dikatakan, dia menerima kemenangan menerusi program popular Jejak Tular sebagai pengacara bersama rakan selebritinya, Haiqal.

“Saya sangat gembira dan tidak menyangka rezeki berpihak kepada saya serta seluruh pasukan Jejak Tular. Kami bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada penonton, dan kemenangan ini adalah bukti usaha gigih kami.

“Rocketfuel Entertainmen akan terus komited dalam pembangunan bakat dan penghasilan karya berkualiti serta berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang di masa akan datang,” jelasnya. — Arena Muzik

Previous Post

Afgan, Lyodra berjaya jentik emosi galau peminat

Next Post

JoBranko Duta Rasmi Music Bliss

Next Post

JoBranko Duta Rasmi Music Bliss

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.