Oleh: Haikal Tajuddin
KUMPULAN popular Indonesia, Govinda, mengakui tidak pernah tergerak hati menganggap penyanyi terkenal Malaysia, Ernie Zakri, ibarat mencuri tulang keatas populariti kumpulannya, sebaliknya memuji kehebatan suara penyanyi jelita itu.
Vokalis Govinda, Irfan Hadari berkata, kolaborasi bersama artis Malaysia sudah jauh lebih lama dan tidak menafikan Ernie Zakri salah seorang yang memiliki suara luar biasa.
“Kita sangat bangga dalam mempromosikan Ernie Zakri dan dia pasti menjadi lebih besar dalam kerjayanya.
“Kita juga tidak ada sedikit pun kata Ernie menumpang nama Govinda di Indonesia kerana Ernie juga luar biasa dan layak diperluaskan kerjayanya di Indonesia.
Baca juga: Ismail Izzani tampil ‘Iman’ dengan lirik tersirat
“Jadi, tidak ada sebarang keraguan Ernie menumpang nama kumpulan kami,” jelasnya ketika ditemui di Sidang Media Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur, semalam.
Dia juga tidak menafikan bahawa lagu yang bertajuk, Masing-Masing, itu juga turut mendapat sambutan yang tinggi bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia.
Oleh yang demikian, Govinda mengakui bakal mengeluarkan lagu yang seterusnya turut berkolaborasi bersama Ernie Zakri pada tahun hadapan.
Baca juga: Search Symphonic: Unik, imbau nostalgia peminat rock
“Insyaallah tahun depan pun Ernie akan menyanyi lagu daripada kami.
“Kini, semuanya sudah siap dirakam, hanya tunggu masa untuk keluar sahaja,” jelasnya lagi.
Kumpulan Govinda yang dianggotai oleh Ifan Hadari (vokalis), Ade Nurulianto (gitarlis) Yosafat Luki Marendra (bes) dan Ritchie “Jeje” Ismail (dram), bakal melakukan konsert pada pukul 8.30 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 31 Oktober depan.
Walaubagaimanapn, mereka tidak melepaskan peluang untuk berkolaborasi bersama barisan artis Malaysia seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Fadly Padi dan Elica Paujin bagi memeriahkan lagi konsert pada malam itu. — Arena Muzik