Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Search Symphonic: Unik, imbau nostalgia peminat rock

Kamilia Ali by Kamilia Ali
September 23, 2024
in Berita
2
36
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PEMINAT kumpulan Search dapat kembali merasai zaman kegemilangan kumpulan lagenda itu menerusi konsert Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang berlangsung pada 21 September lalu di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Pintu utama yang membawa peminat-peminat Search ke ruang nostalgia mula dibuka seawal 7.30 malam dengan deretan panjang yang penuh keterujaan untuk duduk di tempat masing-masing.

Ramai yang meluahkan perasaan teruja apabila konsert hampir bermula.

Debaran semakin terasa dan akhirnya jeritan peminat-peminat Search yang memenuhi Megastar Arena mula bergema tanda kumpulan lagenda itu akan memulakan persembahan.

Malam penuh nostalgia itu dimulakan dengan lantunan salah satu hits Search, Gelora Cinta, namun rangkap pertama lagu ini yang bergema hanyalah suara Datuk Amy tanpa nampak bayangnya di pentas.

Sebaik sahaja masuk ke rangkap kedua, kelibat Amy mula kelihatan di hadapan pentas dengan penuh semangat dan membuatkan semua penonton bersorak dan menyanyi bersama.

Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu yang sering menjadi halwa telinga bagi peminat muzik kumpulan Search ketika era kegemilangan mereka seperti Langit dan Bumi, Nigina, Kau Pergi, Rozana dan Diara Habil Qabil.

Baca juga: Debut pertama, Avantgardey pilih Malaysia

Sudah menjadi kepastian pada setiap konsert iaitu sesi rehat sebentar dan menyapa peminat, itulah apa yang dilakukan oleh Amy.

Beliau sempat beramah mesra bersama peminat dan berseloroh mengatakan bahawa kini dirinya mudah penat tetapi untuk konsert ini, beliau bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga kerana ianya khas buat peminat yang senantiasa menyokong Search hingga ke hari ini.

“Awak yang muda dah penat? Saya belum penat lagi. Terima kasih kerana hadir dan sokong kami. Mari kita menyanyi bersama!” katanya dengan mengukirkan senyuman lebar.

Persembahan diteruskan dengan ‘gorengan’ gitar yang begitu memukau oleh Man Kidal dan Hillary Ang. Paduan kedua gitaris lagenda itu disambut sama pemain bass, Nasir Daud, membuatkan suasana lebih menarik.

Baca juga: Malaysia Kita Roadshow: Serikan Perpaduan, Kemajmukan

Konsert kali ini memberikan impak yang berbeza serta membuktikan kelainan tetapi masih mengekalkan ‘repertoire’ Search itu sendiri.

Malah, seramai 27 orang pemain orkestra dipimpin dengan hebatnya oleh Datuk Mokhzani Ismail selaku konduktor orkestra menyemarakkan konsert itu dan Search juga mendapatkan khidmat Rie Tsuji selaku pengarah dan penyusun muzik serta Jenk Ali selaku pemain dram.

Bukan itu sahaja, lagu-lagu hit yang ditunggu-tunggu oleh penonton seperti Kejora, Pelesit Kota, Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Mentari Merah Di Ufuk Timur sekali lagi membuatkan peminat tidak senang duduk dan bersorak teruja.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu cukup memuaskan dan sebagai penutup tirai, dendangan lagu Pawana dan Tiada Lagi telah disajikan buat penonton.

Sementara itu, Persatuan Rekreasi Global Malaysia selaku penganjur menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di Nusantara menerusi Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang dilakar oleh pihak mereka dan Search sendiri

“Memang bukan satu negosiasi yang mudah tapi sebagai pemain profesional dalam bidang muzik yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam berkarya, Search bersetuju dengan konsep yang diusulkan bukan hanya kerana berkonsep orkestra tapi sebagai sokongan kugiran tersebut dalam perjuangan muzik tempatan.

“Kami mengucapkan terima kasih yang sebesarnya buat Search dan seluruh tenaga kerja,” ujar Pengarah Program Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM), Encik Mohd Roslan Mohd Rafi.

Untuk info, atas keprihatinan pihak penganjur dan pihak produksi setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM10.00 disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan. Jumlah sumbangan adalah RM5000. — Arena Muzik

Previous Post

Debut pertama, Avantgardey pilih Malaysia

Next Post

Konsert sulung N.Flying bakal gegar KL Disember depan

Next Post

Konsert sulung N.Flying bakal gegar KL Disember depan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.