Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Malaysia Kita Roadshow: Serikan Perpaduan, Kemajmukan

Shafira Aziz by Shafira Aziz
September 19, 2024
in Berita
1
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Hari Malaysia tahun ini bertambah meriah dengan penganjuran Malaysia Kita Roadshow, acara yang meraikan kemajmukan negara dan diserikan oleh lebih 30 artis tempatan.

Acara yang dijalankan selama dua hari tersebut diadakan di Sunway Putra Mall pada 14 dan 15 September, menyaksikan kolaborasi unik antara pelbagai syarikat rakaman terkenal seperti Universal Music Malaysia, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music dan Alternate Records.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, menyifatkan gabungan artis dari pelbagai latar belakang ini sebagai simbol kekayaan budaya Malaysia.

“Malaysia Kita Roadshow adalah bukti keindahan negara kita yang kaya dengan nilai majmuknya dan muzik menjadi nadi penyatuan kita semua,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: MALIQ & D’Essentials terbang ke Malaysia demi peminat

Acara tersebut bukan sekadar hiburan, tetapi juga bertujuan menyatu padukan rakyat melalui muzik.

Pengarah Kanan, A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, menekankan betapa pentingnya acara tersebut untuk industri hiburan tempatan.

“Sambutan ini membawa makna besar, khususnya dalam menjulang muzik sebagai medium untuk menyatu padukan rakyat kita,” jelas Hermond.

Baca juga: Rock Warrior Music Festival janji persembahan memukau

Antara artis yang membuat persembahan pada hari pertama termasuk Ismail Izzani, Sophia Liana, Yonnyboii dan Lil J.

Hari kedua pula dimeriahkan dengan penampilan Nabila Razali, Ara Johari, dan HarsonBee selain pengunjung juga berpeluang bertemu artis secara dekat melalui sesi ramah mesra yang diadakan sebelum showcase bermula.

Acara tersebut turut menawarkan aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna Anna & Hanna yang berlangsung pada 14 September.

Pertandingan itu dibuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun, memberikan peluang kepada si cilik untuk menyertai keseronokan sambutan Hari Malaysia.

Tidak ketinggalan, segmen podcast yang membincangkan pelbagai topik berkaitan Hari Malaysia turut diadakan, memberikan peluang kepada pengunjung untuk mendalami keindahan negara ini. — Arena Muzik

Previous Post

MALIQ & D’Essentials terbang ke Malaysia demi peminat

Next Post

Debut pertama, Avantgardey pilih Malaysia

Next Post

Debut pertama, Avantgardey pilih Malaysia

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.