FESTIVAL Seri Gema 2024 yang bakal diadakan 15 September depan bertempat di Dewan Beringin Taman Seri Gombak akan ditunda ke satu tarikh baru yang akan diumumkan semula.
Menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagram Seri Gema Live, keputusan penundaan tersebut dibuat setelah mencapai kata sepakat bersama pihak berkuasa tempatan.
Selaku penganjur, Seri Gema Live turut memohon maaf dan mengucapkan beribu penghargaan atas segala sokongan yang telah diberikan terhadap acara tersebut.
Baca juga: ‘Terdiam’ cerminan emosi Mawar Rashid
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua dalam usaha melestarikan dan merealisasikan acara aktiviti seni dan budaya di Selayang dan Gombak.
“Pada kesempatan ini, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku berkaitan penundaan acara ini,” kata pihak penganjur, menerusi kenyataan.
Baca juga: 15,000 peminat karya tempatan serikan Konsert Jiwa Malaysia
Papara pengunjung juga boleh menerima bayaran balik (refund) tiket atau kekalkan ticket (ticket carry forward) menerusi pautan Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur.
Borang di Google Form tersebut boleh diisi sehingga 30 September depan.
Untuk rekod, Festival Seri Gema sebelum ini bakal menampilkan barisan artis dalam persembahan Konsert Seri Gema Kita termasuk Monoloque, Amir Jahari, Margasatwa dan ramai lagi.
Selain persembahan, festival tersebut turut sertakan aktiviti yang menarik seperti gerai koleksi karya dan gerak produk jenama tempatan.