Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza serikan Konsert Merdeka malam ini

admin by admin
August 30, 2024
in Berita
0
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI legenda tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menyerikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bersama enam barisan artis yang lain bertempat di Dataran Kemerdekaan, di sini pada pukul 8 malam.

Pelbagai program lain turut disediakan seperti selawat dan munajat, perbarisan dan perarakan kontinjen, citrawarna perpaduan serta koir.

Enam artis dijangka akan membuat persembahan ialah Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Roy, Poey Stings, Projektor Band dan kumpulan tarian Zeppo Youngsterz.

Baca juga: Kenali ALVN menerusi album Between The Lines

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program tersebut bertemakan Jiwa Merdeka dan pelbagai program menarik diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan bermula pukul 6 petang.

Baca juga: Terlalu Cinta versi baru janji kelainan

“Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sambutan penuh makna ini. Ayuh kita meriahkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan kehadiran kita semua. Jumpa anda di sana!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri dengan pelbagai pengisian menarik.

Tahun ini logo Malaysia Madani dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun kedua berturut-turut, dengan tema sambutan ‘Malaysia Madani – Jiwa Merdeka’.

Tags: ctdk
Previous Post

Kenali ALVN menerusi album Between The Lines

Next Post

Andi Bernadee sertai keluarga Universal Music Malaysia

Next Post

Andi Bernadee sertai keluarga Universal Music Malaysia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.