Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

YANA sampaikan mesej cinta Gaza

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 21, 2024
in Berita
1
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

AKTIVIS kemanusiaan yang juga pelakon Nur Hazwani Afiqah Helmi, 27, atau lebih dikenali sebagai Hazwani Helmi kini muncul dengan lagu solo pertama berjudul You Are Not Alone (YANA).

Hazwani sebelum ini di dalam The Helmis bersama dengan Heliza Helmi dan pernah berduet dengan Sigma.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hazwani ini turut dibantu oleh Wan Saleh dari segi susunan muzik dan diterbitkan oleh Nurflix Production.

Menariknya, lagu itu terhasil ketika dia pulang daripada bantuan misi kemanusiaan di Gaza pada 2019.

Menurutnya, lagu YANA memiliki makna yang sangat mendalam sekaligus menjadikan ia karya yang sangat istimewa bagi dirinya.

Baca juga: M.Nasir gegar Axiata Arena sekali lagi

“Lagu ini sudah lama iaitu dari 2019, waktu itu baru balik dari Misi Gaza. Jadi, waktu itu terdapat ilham untuk katakan ‘you are not alone’. Ada seorang daripada kumpulan misi kami cakap apa kata buat lagu ‘you are not alone’.

“Jadi, waktu itu hanya ada melodi saja, lirik pun belum ada. Sehinggalah pada Ramadan tahun lepas iaitu pada 27 Ramadan, tiba-tiba teringat semula lagu ini. Ketika itu terus tulis lirik. Alhamdulillah, tak sampai 10 minit siaplah lirik lagu ini.

“Semangat juang anak Palestin yang mengalir, maka lagu ini juga turut lahir. Saya berdiri kuat sehingga kini, bukan kerana diri saya, tetapi kerana diri anak Palestin yang ada dalam diri saya.

“Disebabkan itu, mengambil inspirasi daripada mereka, saya pulangkan semula semangat lagu ini kepada mereka. Oleh itu, dengan merenung diri saya dalam perjuangan dan kemenangan mereka, saya berasakan tanggungjawab yang mendalam untuk berkongsi mesej ini harapan dan daya tahan dengan dunia yang lebih luas,” katanya.

Baca juga: Inilah Kita hasil kolaborasi berbilang bangsa

Bukan it sahaja, mesej yang ingin disampaikan menerusi YANA adalah isu-isu yang berlaku dalam kehidupan seharian sebagai contoh hal keluarga, suami isteri, perceraian, patah hati,  gelandangan, kelaparan dan banyak lagi.

Istimewanya juga, lagu YANA ini adalah projek sulung gabungan pelajar Latihan Industri (LI) di Nurflix yang terdiri daripada pelajar perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Yayasan Melaka jurusan  Multimedia dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bidang Komunikasi.

Lagu You Are Not Alone telah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBOX, dan Deezer pada 26 Julai lalu. 

Serentak itu, video muzik terbitan Nurflix Production Sdn Bhd itu juga boleh disaksikan di saluran YouTube peribadinya iaitu The Helmis. — Arena Muzik

Previous Post

M.Nasir gegar Axiata Arena sekali lagi

Next Post

Yasin Sulaiman kekal penjara seumur hidup

Next Post

Yasin Sulaiman kekal penjara seumur hidup

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.