Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Konsert M Nasir 45 Tahun dianjurkan sekali lagi?

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 19, 2024
in Berita
3
Pada 10 Ogos lalu, M.Nasir membuktikan kehebatannya dengan memukau lebih 8,000 peminat yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto: Icon Entertainment

Pada 10 Ogos lalu, M.Nasir membuktikan kehebatannya dengan memukau lebih 8,000 peminat yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto: Icon Entertainment

21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKINKAH Datuk M.Nasir akan beraksi lagi dengan CIPTA 2 selepas konsert pada 10 Ogos lalu mendapat sambutan hangat dan ramai peminat beliau masih tidak boleh move on!

Perkongsian pemilik Icon Entertainment, Iman Tang pada Sabtu lalu menimbulkan persoalan apakah maestro muzik itu akan sekali lagi menghiburkan peminatnya.

“Syukur Alhamdulillah. Baru dapat berita terbaru dan insyaAllah akan buat semua gembira dan ubat rindu tak boleh move on.

“Tunggu ya!” tulis Iman di Instagram story miliknya.

Selain itu, Iman Tang turut membuat satu hantaran video yang turut memberi ‘hint’ seolah-olah konsert M.Nasir akan dianjurkan sekali lagi.

Segalanya akan terjawab pada sidang media yang akan diadakan pada Selasa, 20 Ogos 2024 bertempat di Shook! JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.

Buat semua peminat M.Nasir tunggulah pengumuman yang akan dibuat oleh Sang Sifu dan Icon Entertainment tentang kemungkinan konsert akan dianjurkan sekali lagi.

Pada 10 Ogos lalu, M.Nasir membuktikan kehebatannya dengan memukau lebih 8,000 peminat yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil.

Beraksi lebih 3 jam dan mendendang lebih 20 buah lagu, rata-rata peminat muzik menganggap konsert CIPTA DATO M.N45IR itu sebagai ‘concert of the year’. — Arena Muzik

Previous Post

Kim Sung Kyu berjaya tawan hati INSPIRIT di Zepp KL

Next Post

Inilah Kita hasil kolaborasi berbilang bangsa

Next Post

Inilah Kita hasil kolaborasi berbilang bangsa

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.