Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Inilah Kita hasil kolaborasi berbilang bangsa

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 19, 2024
in Berita
1
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang, Rocketfuel Entertainment melancarkan single terbaru bertemakan patriotisme yang berjudul ‘Inilah Kita’.

Lagu tersebut merupakan hasil kerjasama artis dari pelbagai bangsa yang melambangkan keindahan kepelbagaian budaya di negara kita. Artis-artis yang terlibat di dalam rakaman lagu berkenaan ialah Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran, dan Joey Leong.

Selain itu, kesemua mereka bergabung suara untuk menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Lagu berdurasi hampir tiga minit itu merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

Baca juga: Konsert M Nasir 45 Tahun dianjurkan sekali lagi?

Menurut Rocketfuel Entertainment, lagu ‘Inilah Kita’ adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

Menurut Wee Sher Leen, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Kami berharap melodi dan lirik lagu ini dapat menyentuh hati dan menggerakkan jiwa setiap rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan perpaduan dan kebanggaan sebagai sebuah negara yang merdeka.

“Lagu ini bukan sahaja sesuai untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang tetapi juga memberi penghormatan kepada Hari Malaysia, mengingatkan kita semua bahawa semangat kebersamaan inilah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa.” jelasnya.

Baca juga: Kim Sung Kyu berjaya tawan hati INSPIRIT di Zepp KL

Rocketfuel Entertainment berharap ‘Inilah Kita’ akan menjadi lagu kebanggaan bagi rakyat Malaysia, terutamanya semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 

Anda boleh terus strim lagu Inilah Kita di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.

Video muzik eksklusif bagi lagu ‘Inilah Kita’ telah dilancarkan pada hari Ahad, 18 Ogos 2024 selepas tayangan perdana di program Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria, saluran 104 Astro. 

Jom bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan tanda cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. ‘Inilah Kita’ – Satu bangsa, satu negara, satu hati. — Arena Muzik

Previous Post

Konsert M Nasir 45 Tahun dianjurkan sekali lagi?

Next Post

M.Nasir gegar Axiata Arena sekali lagi

Next Post

M.Nasir gegar Axiata Arena sekali lagi

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.