Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kim Sung Kyu berjaya tawan hati INSPIRIT di Zepp KL

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 15, 2024
in Berita
1
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT Kim Sung Kyu [LV]3 Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut dianjurkan oleh D-SHOW dengan kerjasama Offbeat dan 43 sebagai rakan penganjur.

Acara tersebut telah dijayakan pada 10 dan 11 Ogos di Zepp Kuala Lumpur.

Semasa Sung Kyu muncul di atas pentas, dia disambut dengan jeritan dari INSPIRIT (peminat setia kumpulan INFINITE). Setelah menampilkan tiga lagu pembukaan, dia menyapa para peminat dalam Bahasa Malaysia, sambil berkata: “Apa khabar semua, saya Kim Sung Kyu!”

Untuk pengetahuan, konsert tersebut merupakan konsert solo sulung Sung Kyu di Malaysia, dia sempat berkongsi tentang perasaannya ketika bertemu didepan mata peminat-peminatnya.

“Sudah lama sejak INFINITE mengadakan persembahan di Malaysia beberapa tahun lalu, saya amat gembira akhirnya dapat bertemu peminat saya semula!,” katanya dengan girang.

Baca juga: Bebas: Kolaborasi Dead Mushroom dan Yazer

Dia juga berkongsi bahawa dia mempunyai malam yang tenang sebelum pertunjukan serta sempat mencuba makanan wajib di Malaysia iaitu Nasi Lemak.

Selesai sahaja dia mempersembahkan lagu solo pertamanya, “41th”, peminat teruja mengatakan “Kami sukakan lagu ini!”

Bukan itu sahaja, dia berterusan memukau para peminat dengan bakat dan juga daya tarikannya serta menghiburkan INSPIRIT dengan lagu hits lain iaitu “Climax”, “It Will Be”, “Jump”, “Go Again”, “Kontrol” dan “Sorry”.

Semasa Sung Kyu menyanyi lagu “Small Talk” dan “60sec”, peminat menyertai korus dua lagu itu, mendorong dia memuji mereka, sambil berkata, “Saya berasa sangat terkejut kerana anda semua menyanyi dengan baik!” Sebagai tindak balas, peminat dengan bangganya berseru, “Malaysia Boleh!”

Baca juga: Insomniacks lebarkan sayap ke Jakarta dengan TEMAN EP

Sung Kyu, berlakon dalam beberapa muzikal, bertanya peminat sama ada mereka telah melihat persembahannya, beberapa peminat terus menjawab pernah disusuli anggukan tanda setuju turut mengatakan bahawa mereka turut pergi ke Korea Selatan semata-mata untuk menyokongnya.

Apabila peminat berulang kali meminta INFINITE untuk membuat persembahan di Malaysia, janjinya untuk kembali ke Kuala Lumpur bersama kumpulan itu mencetuskan sorakan penuh semangat dari peminat.

Sebaik sahaja Sung Kyu mengumumkan, “Ini adalah lagu terakhir untuk hari ini,” peminat membalas dengan teriakan “Tidak!” Dengan emosi yang mendalam, dia berkata, “Sudah lebih 10 tahun sejak kali terakhir saya datang ke Malaysia, tetapi anda tahu, saya sentiasa bersama anda.

“Begitu banyak berlaku dalam 10 tahun ini – saya menangis dan ketawa. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. I love you!” Konsert itu diakhiri dengan lagu encore “Kontrol”, “My Everyday Is You”, “답가” dan “끌림”. — Arena Muzik

Previous Post

Nidza Afham meninggal dunia

Next Post

Konsert M Nasir 45 Tahun dianjurkan sekali lagi?

Next Post
Pada 10 Ogos lalu, M.Nasir membuktikan kehebatannya dengan memukau lebih 8,000 peminat yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto: Icon Entertainment

Konsert M Nasir 45 Tahun dianjurkan sekali lagi?

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.